Cukup berlemak dan manis mmm sangat sedappp..minum sekali mesti nak lagi tapi tak boleh la buat selalu coco panas ni sebab kandungan kalori yang agak tinggi . Sekali seminggu minum ok la hihi tapi yang bestnya minuman coco ni kita boleh tentukan banyak mana gula kita nak guna . Pada mereka yang memang peminat coco atau coklat minuman ni sangat sesuai untuk anda . Resepi coco panas ni saya dah ubah sikit ikut selera kami anak beranak . Dulu masa first time kami minum bancuhan coco ni , saya dan anak-anak terus lupa Milo sebab coco panazzzz ni lebih sedap sebab rasa coco/coklat yang lebih asli...
Coco panas ni perlu diminum masa panas kalau dah sejuk kurang 'kick' la hihi
Resepi coco panas ni saya dapat dari internet selepas beberapa jam mentelaah cari resepi terbaik dan ikut selera kami anak-beranak . Lepas dah dapat resepi saya check nak make sure cukup semua bahan-bahan baru la boleh buat minuman coco ni , yum yum...
BAHAN-BAHAN :
1 cawan cream - saya guna jenama ANCHOR
80gm coklat masakan- potong menjadi ketulan kecil
2 sudu besar serbuk coco - Van Houtan
1/2 sudu kecil esen vanilla
3 cawan susu penuh krim- dalam kotak
Gula pasir - jika perlu sahaja
Jika anda suka minuman ni lebih manis tambah lagi coklat masakan atau gula dan jika suka lebih rasa coklat asli tambah serbuk koko , ubah suai ikut selera sendiri .
CARA MEMASAK :
Masukkan cream dalam saucerpan/periuk dan panaskan sehingga muncul buih-buih halus dan tu tanda cream hampir mendidih . Tutup api dapur dan masukkan semua ketulan coklat masakan dengan esen vanilla serta serbuk coklat kemudian gaul semua bahan sehingga mesra serta coklat masakan menjadi cair dan larut dalam cream .
Masukkan semua susu dan masak bancuhan coco ni menggunakan api dapur sederhana tapi pastikan bancuhan coco ni tidak mendidih . Rasa manis bancuhan coco ni jika masih kurang baru la ditambah sedikit gula pasir , terus kacau sehingga semua bahan cukup mesra dan boleh la ditutup api dapur . Hidangkan dalam bekas dan boleh la diminum hmmmm sedapnyaaaa....
Jika suka boleh juga ditambah sedikit cream , serbuk coco atau sedikit serbuk kayu manis di atas minuman coco panas ni untuk xtra urmphhh.
Ohhh sedapnyeeee.....
salam ziarah nannie..apa jadi kat blog lama kamu tu..lain ek cara buat koko ni..nak kena beli cream tu yang leceh..mahal weiii
ReplyDeletebestkan gi melaka..suka sgt pegi sbb dekat
wlklsalm k ina ,
ReplyDeletepanjang ceritanya kak , blog saya tu missing in action mcm saya ada rumah tapi kunci dah hilang gitu la kisahnya . Tak pa la dah tak ada jodoh sya dgn blog kesayangan saya tu so saya buat la blog baru ni .
coco panas ni kalau x de cream pun ok boleh guna susu penuh krim dlm kotak tu tetap sedap hihi kuantiti cream bloh dikurangkan , tapi kalau nak sedap kena guna juga cream lagi pun coco panas ni bukan bolehbuat selalu sebab cukup berlemak kalori tinggi juga ni
salam . . sis tye skit ea . gne coklat mskn ngn susu dlm tin je . . bole jd ta ?
ReplyDeletesalam... sy nak tya? jika coco ini d tukr dgn yg sejuk bolh k?
ReplyDeletesalam.. sy mhu tya? jika kita tukr minuman sejuk boleh k?
ReplyDelete