Agar-agar laici ni amat mudah nak dimasak dan sangat sedap dimakan dengan kuah kastard . Saya guna pewarna makanan untuk bagi agar-agar laici ni menarik baru la anak-anak saya tertarik nak makan tapi kalau tak mau guna pewarna pun ok juga so agar-agar ni akan bewarna light cream ikut warna buah laici .
BAHAN-BAHAN :
1 paket agar-agar
1000ml air
1 cawan gula
1 tin laici
Sedikit pewarna makanan-ikut pada citarasa sendiri
CARA MEMASAK :
- Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air dan masak sehingga agar-agar larut.
- Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
- Masukkan kembali ke dalam periuk dan masak semula.
- Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.Masukkan laici yang sudah diblend ni dalam agar-agar dan terus masak agar-agar sehingga masak atau mendidih kemudian boleh la ditutup api dapur.
- Tuangkan ke dalam tray atau acuan yang anda gemari dan bila sejuk boleh la disimpan agar-agar dalam fridge.
KUAH KASTARD
1 tin susu sejat - ideal milk
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 tin air
secubit garam-secukup rasa
2 sudu besar gula
Kuah castad ni mesti ada rasa lemak manis masin sebab tu kena letak sikit garam baru sedap bila dimakan dengan agar-agar lanci yang manis dan sejuk .
CARA MEMASAK :
-Masukkan susu sejat , air dan tepung jagung dalam periuk dan kacau semua bahan sehingga tepung larut dalam susu sejat . Masukkan daun pandan , gula dan secubit garam dan masak kuah kastard dengan api dapur yang kecil . Sentiasa kacau kuah kastard sampai kauh menjadi pekat dan berkilat . Bila kuah kastard masak boleh la ditutup api dapur.
-Sejukkan kuah kastard sepenuhnya dan boleh la disimpan dalam peti sejuk dan bila nak makan dengan agar-agar baru la dibawa keluar dari peti sejuk
Ahad 24.04.11
No comments:
Post a Comment