Pages

Tuesday, 31 December 2013

Nannie di Instagram

Saya baru ada instagram , best juga ya hehe . Ni instagram saya - NORAINIKHUZAIFAH

foto dari google

Kenangan malam berinai Ika

Hari ni saya sambung cerita kisah pemilik stiletto yang cantik tu . Saat yang di tunggu pun sampai juga , pada malam Sabtu 21.12.13 telah berlangsungnya malam berinai buat Ika dan juga kenduri tahlil . Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dalam suasana gembira . Seronok dapat berkumpul dengan saudara-mara ^_^ Saya ni tak pandai nak tulis karangan panjang berjela hehe so saya upload gambar saja la , let the photos do the talking ^_^

Pelamin yang cantik ^_^


Ika dipakai kan inai oleh Opah a.k.a my Mama ^_^


Proses melukis inai pada tangan , leka tengok kakak baju merah ni melukis corak bunga di tangan Ika . Cantik hasil kerjanya ^_^




Simple saja tapi cantik


Sepupu -sepupu kecil pun sama happy 


Cucu-cucu Opah yang kecil sama happy malam tu , seronok main laaa


Aisyah bersama Maisara dan Adlina - seronok tengok kak Ika melalui proses berinai ^_^

Ada lagi sambungan untuk n3 seterusnya saya akan upload gambar hari pernikahan serta majlis resepsi Ika bersama Ariff , insyallah tunggu...

Saturday, 28 December 2013

Siapa gerangan empunya stiletto ni

Cantikkan stiletto ni , nak tau siapa punya ? kena tunggu la kalau nak tau kerana buat masa sekarang ni saya agak sibuk dengan urusan lain . Bila dah dekat penghujung bulan 12 ni banyak betul aktiviti dengan famili dan nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak untuk tahun 2014 . Insyallah nanti saya buat sambungan n3 kisah cerita di sebalik stiletto yang sangat cantik ni ^_^ 

SELAMAT MALAM ^_^


Thursday, 26 December 2013

TRIFFLE yang di tunggu

Dah lama saya tak buat triffle ni sampai anak sulung saya Nur Aisyah dok tanya saja la bila Mama nak buat triffle . Aisyah memang suka makan dessert/manisan tak kira apa pun kek/coklat/pudding/aiskrim tapi Aisyah tak berapa gemar makan bubur/pengat . So untuk menunaikan pemintaan anak gadis ku yang sorang tu Mama buat la triffle yang cukup manis berlemak ni hehe . Happy Aisyah ^_^


BAHAN-BAHAN :

1  swiss roll 
1  tin fruit coctail
1  kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )

* Boleh juga diganti buah peach dlm tin

RESEPI UNTUK CASTARD :

1  tin susu sejat Ideal milk
1  tin air buah-buah dalam tin
4  sudu besar tepung kastard - secukupnya

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk . Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.


3. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk , ceduk jelly ini dan tuang ke atas lapisan fruit coctail tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.  Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..

Lapisan triffle - paling bawah ialah swill roll kek , castard , fruit coctail dan paling atas jelly kristal .

Monday, 23 December 2013

Simple saja - sup sotong

Cara masak sotong yang sangat ringkas , less is more . Saya dan famili cukup mengemari sup sotong ni terutama anak-anak ^_^


BAHAN-BAHAN:
800 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cuka - secukup rasa

garam - secukup ras
air secukupnya
CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.


Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan  air secukupnya . Bila kuah sup dah mendidih terus masukkan sotong dan garam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan cuka secukup rasa . Kacau dan bila sotong dah masak boleh di tutup api dapur .

Wednesday, 18 December 2013

SUP BEBOLA AYAM

Favorite anak-anak saya ni ^_^


BAHAN-BAHAN:

25 biji bebebola ayam - jenama Ayamas
1 batang carrot - yg kecil
sayur sawi - secukupnya
bunga kobis - secukupnya
1 peket cendawan inoki
sedikit sayur kobis - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih - saiz besar
Garam secukup rasa
sedikit bahan perisa "Secukup rasa'
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan bebola ayam , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan racik semua bawang tu . Bersihkan semua sayur-sayuran serta dipotong dan ketepikan dulu . 

- Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang sampai layu dan menjadi wangi , masuk air secukupnya dalam periuk dan biar sampai sup mendidih dan masukkan semua chicken ball . Masukkan pula sayur carrot yg sudah dipotong kecil . Selang 2-3 minit masukkan pula bunga kobis . Bila bunga kobis dah sedikit layu boleh dimasukkan sayur sawi dengan cendawan inoki dan kacau semua bahan .  Masukkan sedikit bahan perisa 'Secukup Rasa' . Kacau semua bahan ini dan jika masih kurang masin baru ditambah garam secukupnya dan boleh ditutup api dapur .

Friday, 6 December 2013

Masak lemak cili api talapia merah

Menu simple saja untuk hari ni , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan talapia merah
4-5 cawan santan 
1 batang serai saiz besar - dititk
1-2 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
3cm kunyit hidup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Satukan santan dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak sampai kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . Kalau tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi.
Kemudian masukkan ikan talapia yang sudah dibersihkan dan dipotong 2 , masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan sudah bertukar warna dan masak boleh la ditutup api dapur.

Thursday, 5 December 2013

Puding roti Chef Adu

Resepi puding roti ni saya dapat dari page FB Chef Adu . Memang sedap sangat pudding roti Chef Adu ni menepati citarasa saya dan anak-anak , alhamdulillah. 


Bahan A:

9 keping roti putih
mentega - secukupnya
jem strawberri - secukupnya
kismis secukupnya

Bahan B:

2 biji telur ayam
2 kuning telur
50 gm brown sugar/gula perang
330 ml susu full cream
100 ml cream
2 sudu besar serbuk buah pala
2 sudu teh esen vanilla
1 biji buah lemon - diparut kulit sahaja


SOS KASTAD

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula


CARA MASAK :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap pemukaan roti dengan butter dan jem strawberri secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis semua roti .

2. Kemudian pukul semua telur bersama gula perang sampai kembang dan pucat kemudian masukkan parutan kulit lemon serta serbuk buah pala dalam adunan telur tadi .

3. Cara buat sos castard - Masukkan susu dan cream dalam periuk dan panaskan sampai mendidih . Guna api kecil kemudian masukan adunan telur dalam susu panas tadi dan kacau perlahan-lahan sampai habis aduanan telur dituang . Terus kacau castard ni sampai masak dan tutup api dapur . 

4. Tuangkan castard ke dalam loyang yang sudah disusun dgn roti dan biar selama 30 minit  . Bakar  pudding roti ni dalam oven dengan suhu 180'C selama 30-40 minit atau sehingga masak . Bila dah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk . 

5. 
Tuangkan sos kastard diatas puding semasa menghidang.


Puding roti yang baru keluar dari oven , masih panas dan sangat wangi..



Saya simpan pudding roti dan sos kastard dalam peti sejuk selama 6-8 jam atau semalam . Saya dan anak-anak lebih suka makan puding roti yang sejuk , memang sedap alhamdulillah .

Wednesday, 4 December 2013

Pasta bakar xtra keju

Yum yum sekali-sekala boleh letak xtra keju , favorite anak-anak saya ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

500gm pasta penne
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 tin sos bolognese - Prego
1 cawan susu full cream milk - dalam kotak
1 peket ayam cincang
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder , parmesan dan monzarella - utk ditabur dlm dan atas pasta

*saya campurkan 1 cawan susu full cream ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . 

CARA MEMBUAT :

1) Rebuskan pasta sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan susu serta kacau supaya sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 cawan atau lebih campuran keju cheddar/mozarella dan kacau semua bahan bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju cheddar/monzarella/parmesan dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.

Alhamdulillah memang sedap 

Tuesday, 3 December 2013

Kek Keju Salji a.k.a kek keju meleleh..

Saya dapat tau tentang kek cheese meleleh ni bila tengok di fb kawan-kawan . Waaa apa la yang melelehnya rupa-rupanya topping cream cheese yang agak cair dan meleleh bila di curahkan atas kek . Saya dapat resepi kek ni dari fb dan saya ubah suai sikit , saya tambah jus lemon dalam adunan cream cheese untuk bagi balance rasa masam manis . Anak-anak saya suka betul kek ni yang memang sedap bila dimakan sejuk ^_^


BAHAN-BAHAN :

100 grm tepung Hongkong*
60 grm tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
2 sudu besar ovalette
100 grm gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
50 ml susu fresh milk atau air sejuk
75 grm mentega cair

Cara Masak kek :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak semua bahan bertanda * dan ke tepi kan dulu . Cair kan mentega dan ketepikan dulu .

-Pukul semua telur bersama gula hingga kembang kemudian masukkan susu , esen vanilla , ovalette ke dalam adunan dan digaul rata . Masukkan mentega cair dan digaul rata . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Pukul adunan ni selama 1-2 minit sehingga adunan sebati .

- Masukkan adunan kek ke loyang dan bakar kek dalam oven dengan api atas dan bawah selama 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga kek masak . Sejukkan dulu kek ni sebelum boleh dihidang kan . 

CARA BUAT CREAM CHEESE 

Bahan-bahan :

250 grm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
50ml whipping cream
1 sudu kecil jus lemon - boleh tambah

- Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai dan dengan mengguna mesin mixer , pukul semua bahan ni sehingga sebati tidak berketul-ketul dan kembang .

* untuk hiasan boleh ditabur parutan cheedar cheese .


CARA NAK HIDANG KEK

Bahagikan kek menjadi 2 bahagian . 1 kek diletak dalam pinggan dan tuangkan adunan cream cheese atas kek ni dan disapu rata . Kemudian letak kek ke 2 atas kek ni dan tuang serta sapu semua cream cheese sampai menutupi semua bahagian kek . Taburkan parutan cheddar cheese ke atas kek ni . Masukkan dalam peti sejuk selama semalaman sebelum nak makan . Kek ni akan lebih sedap dimakan bila sejuk .