Saya beli kerang pagi tadi mula-mula rancang nak rebus saja kerang cicah dengan cili sos tapi bila balik rumah plan sudah tukar kerang ni saya masak sambal sebab dah lama tak makan sambal kerang . Puas hati bila masak sendiri , kerang ni pun saya beli yang saiz besar so memangs edap lah bila dimasak sambal yum yum..
BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
5 sudu besar cili kisar - boleh tambah
5 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill
CARA MEMASAK :
1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .
2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .
3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api .
kat kuching ni kerang mahal..kdg2 sekilo cecah rm8..adoi!!
ReplyDeletesalam aidil adha Nannie,
ReplyDeletesedapnya sambal kerang tuuu... ngences!
I pun suka sangat makan sambal kerang nih :)Sedapppppp.........!
ReplyDeleteto Khaty,
ReplyDeletemahal betul kerang di sana ya , tak best la mcm tu mmg jarang dpt makan kerang laa
to Amie,
terima kasih ya Amie , slmt hair raya aidiladha
to Yummylittlecooks,
hihihi mmg sedaps ambal kerang kan :)