Sayur kacang sweet pea ni memang manis betul la dan sangat ranggup . Lagi satu resepi simple dari saya . Sweet pea yang di masak tumis dengan cendawan inoki dan sotong , alhamdulillah .
BAHAN-BAHAN :
2 peket kacang sweet pea
1 peket cendawan inoki
3 ekor sotong fresh
2 sudu besar sos tiram
1 peket cendawan inoki
3 ekor sotong fresh
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1) Bersihkan sayur sweet pea dengan buang urat disebelah tepi kacang dan dipotong 2 . Bersihkan cendawan inoki serta bersihkan sotong dan di potong kecil .
2) Kupas kulit semua bawang dan tumbuk semua semua bwang ni .
2) Kupas kulit semua bawang dan tumbuk semua semua bwang ni .
2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sotong dan sos tiram . Kacau semua bahan sampai sotong masak dan boleh masukkan semua kacang pea . Kacau semua bahan sampai kacang pea masak , masukkan semua cendawan inoki dan kacau . Jika nampak kering boleh dimasukkan sedikit air . Rasa sayur , jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang .
No comments:
Post a Comment