Alhamdulillah...
BAHAN-BAHAN :
1 kg kerang
2 ikat pucuk paku - kalau byk 1 ikat pun dah cukup
2 ikat pucuk paku - kalau byk 1 ikat pun dah cukup
4 cawan santan - secukupnya
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
1 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
15 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
CARA MEMASAK :
Basuh dan bersihkan kerang dan pucuk paku kemudian pucuk paku hanya di ambil daun saja . Bersihkan lagi kerang ditos serta diketepikan dulu .
Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua kerang , garam secukup rasa , asam keping . Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila dah kerang dah masak boleh la di masukkan semua pucuk paku dan dikacau rata . Bila sayur pucuk paku dah masak boleh la ditutup api dapur .
No comments:
Post a Comment