Pages

Monday, 30 September 2013

Padprik ayam

Alhamdulillah secukup rasa...


BAHAN-BAHAN :

2 ketul dada ayam
1 batang carrot
sayur brokoli secukupnya
kacang panjang secukupnya
2 batang serai
1/2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
Sos tiram secukupnya
Kicap manis kipas udang secukupnya
Sos cili thai secukupnya
sos ikan/nampla secukupnya
1 sudu kecil cili kisar
Garam/gula secukup rasa

* Boleh tambah macam-macam jenis sayur lain ikut pada citarasa sendiri . Bahan-bahan juga boleh ditambah atau kurang ikut pd citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :


Potong isi ayam menjadi ketulan kecil dibersih dan ketepikan dulu . Potong semua sayur dan ketepikan dulu . Kupas kulit semua bawang serta halia dan dimayang nipis .

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang dan halia sehingga wangi terus masukkan cili kisar , kacau semua sehingga cili kisar masak . Masukkan isi ayam dan kacau , biarkan sampai isi ayam baru dimasuk sos tiram/cili sos thai/nampla/kicap secukupnya mengikut citarasa sendiri .

Kacau semua bahan sehingga mesra dan boleh dimasukkan sayur carrot dan kacau , bila dah separuh masuk baru dimasukkan kacang panjang . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan sayur brokoli serta garam dengan gula secukup rasa . Bila dah masak boleh ditutup api dapur .

3 comments:

  1. yummy!!ni la kegemaran SB..lama dah tak buat, baru semalam hubby sebut nak makan paprik ayam

    ReplyDelete
  2. bess nya..baru buat petang semalam..tapi kita letak kacang ngan carrot jer..hehe

    ReplyDelete