Udang saiz besar yang segar memang sangat sedap dimasak kari campur kacang buncis . Hidangan lauk macam ni memang favorite kami sekeluarga , alhamdulillah .
BAHAN-BAHAN :
150gm kacang buncis - dipotong menyerong
santan secukupnya
1 peket kecil rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi .
2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak lagi .
No comments:
Post a Comment