Jemput makan..
BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis
Keju parmesan - tabur bila nak makan
* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri
* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri
CARA MASAK PASTA :
Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .
CARA MASAK SOS :
Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.
Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/basil/oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .
Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan .
Jemput makan...
pernah masak spagethi ala thai yang macam kari hijau tak?
ReplyDeletetak pernah tapi boleh kita cuba masak macam tu , tq bagi idea
ReplyDelete