Pages

Thursday, 20 February 2014

Sweet pinky rose 'Huntington'

Saya share gambar ros lagi dan kali ni ros Huntington yang sangat cantik dan baunya sangat wangi . Pokok ros suka cuaca panas dan bila musim panas macam sekarang ni banyak bunga ros saya kembang . Bunga ros Tington ni jenis berjambak dan berwarna pink dan memang antara bunga ros favorite saya . Rutin saya setiap pagi mesti ke laman untuk siram pokok bunga dan pokok-pokok lain kemudian belek pokok-pokok ros . Ada saja aktiviti saya di laman macam sapu daun kering , bagi baja pada pokok , cangkul buang rumput liar dan macam-macam aktiviti lain . Kadang tu berjam-jam juga la saya habiskan masa di laman . Bersenam sambil leka tengok dan belek bunga ros , segar mata dan tenang jiwa bila tengok pokok-pokok yang saya tanam hidup subur , syukur alhamdulillah . 



















3 comments:

  1. oh...cantik...menawan...I suka rose kaler pink!

    ReplyDelete
  2. Roses saya pulak kering dan macam lecur waktu2 panas kering macam sekarang ni :(

    ReplyDelete
  3. cantiknya bunya akak.Sayanya bunga dah layu. sungguh tak pandai nak jg hehe

    ReplyDelete