Mama buat special untuk anakanda Muhd Adam , resepi kek coklat ni saya dapat dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . Alhamdulillah sedap kek ni..
BAHAN-BAHAN :
125 gm butter
1 cawan gula perang
1 cawan tepung kek"
1 sudu kecil serbuk penaik"
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*
1 cawan tepung kek"
1 sudu kecil serbuk penaik"
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil esen vanila
(bahan bertanda * semua disatu dan digaul sampai menjadi pes coklat)
(bahan bertanda " disatukan dan diayak 3 kali)
CARA MEMBUATNYA :
-Panaskan oven kepada suhu 175'C . lenserkan loyang berukuran 8 inci dgn mentega dan alas dasar loyang dgn kertas minyak , ketepikan dulu .
-Putar butter dengan gula perang sehingga jadi putih . Masukkan esen vanilla dan masukkan sebiji demi sebiji telur , putar sehingga adunan jadi kembang serta gula hancur .
-Putar butter dengan gula perang sehingga jadi putih . Masukkan esen vanilla dan masukkan sebiji demi sebiji telur , putar sehingga adunan jadi kembang serta gula hancur .
-Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit-sedikit denagn pes coklat sampai habis . Gaul semua bahan sampai sebati .
- Sendukkan adunan masuk ke dalam loyang pembakar yang kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 45-50 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .
- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi . Kek ni boleh dihias dgn coklat ganache .
BAHAN COKLAT GANACHE :
200grm coklat masakan
150ml UHT whipping cream
1 sudu teh mentega
CARA MASAK :
Satu kan coklat masakan dgn whipping cream dlm mangkuk tahan panas . Cairkan secara double boiling dan gaul semua bahan sehingga sebati . Matikan api dapur dan masukkan mentega dan digaul sebati . Boleh dituang ke atas kek dan biarkan sejuk sedikit dan boleh di hias kek ikut kreativiti sendiri .

salam..
ReplyDeletemesti puas hati dapat hasilkan kek birthday untuk anak tersayang kan..apapun, happy birthday adam
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCantiknya kek ni walaupun hiasannya simple, sangat menarik bagi saya. Nak cuba juga buat untuk birthday anak yang ke 7. T/kasih berkongsi idea :)