Berlalu la sudah seminggu cuti raya tapi kenangan manis gembira berkumpul dengan mak serta family masih lagi segar dalam ingatan saya ni . Cepat benar masa bergerak namun begitu memori manis dapat berpuasa dan berbuka di kampung masih segar dalam ingatan . Anak saya Adlina yang paling happy bila balik kampung sebab dia mula membilang hari semenjak awal bulan Ramdhan dan tak sabar nak balik kampung . Bila di kampung Adlina , Adam sentiasa bersama sepupu dan tak dapat dipisahkan biasa la budak-budak kan hehehe..insyallah kalau diberi kesihatan dan umur yang panjang oleh yang MaHa Esa tahun depan dapat la kami meraikan Ramadhan serta Aidilfitri bersama family lagi...
Saya ambil banyak keping gambar dan selepas dipilih dan edit dapat la saya masukkan sebahagian gambar-gambar kami menyambut Aidilfitri kali ni untuk saya simpan sebagai kenangan dalam blog buat tatapan sendiri serta saya kongsikan bersama pengunjung yang sudi bertandang ke blog simple saya ni .
Kami sekeluarga..lights of my life..
Foto kami sekeluarga di Pagi Syawal . Saya dan suami sepakat pilih warna jingga untuk tema baju kurung dan melayu untuk kami sekeluarga pakai pada 1 Syawal . Saya memang pilih corak yang sama untuk baju saya dengan anak-anak hehehe seragam gitu dan senang saya nak beli kain serta jahit sendiri baju kurung untuk kami anak-beranak .
Saya bergambar dengan cik abang laling..
Anak-anak dengan abah...
Gambar kami sekeluarga bersama mak yang dikasihi . Sesi wajib pagi 1 Syawal mesti le bergambar dengan mak dan family lepas tu anak-anak beratur ikut giliran dapat duit raya dari Opah , pakcu dan dari abah . Gelak ketawa wajah ceria mak dan anak-anak akan saya simpan kemas dalam ingatan saya ni dan menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya insyallah kalau dipanjangkan umur tahun depan saya nak sambut Ramadhan dan 1 Syawal bersama emak tersayang .
Saya posing dengan Adam..
Saya dengan anak-anak , Aisyah , Adlina dan saya berbaju kurung corak sedondon . Adam pula segak pakai baju melayu dan songkok . Bila tengok anak-anak seronok happy beraya saya pun puas hati..
Salam Syawal dari saya buat semua pembaca blog saya ni dan terima kasih kerana sudi luangkan masa singgah ke blog saya ni..
No comments:
Post a Comment