Hari ni mulanya cuti sekolah selama 2 minggu . Lama juga cuti tu memang best bila anak-anak cuti sekolah sebab saya pun cuti jadi supir anak-anak ^_^ . So ada banyak masa saya di rumah untuk belek pokok-pokok yang saya tanam/bela di taman . Syukur alhamdulillah bestnya hehe inyallah saya akan guna masa cuti sekolah ni sebaiknya untuk faedah kami sekeluarga . Banyak juga saya rancang untuk aktiviti anak-anak masa cuti sekolah macam nak balik kampung, jalan-jalan sekitar kawasan yg berhampiran Kuala Lumpur saja . Pagi ni kami nak ke Floria Putrajaya .
Aktiviti masak di rumah ni pun akan bertambah , macam-macam dah saya rancang nak masak , insyallah . Anak-anak la yang happy cuti sekolah ni tapi anak sulung saya semakin risau sebab exam SPM makin dekat , Cuti sekolah ni Aisyah akan lipat ganda masa untuk ulangkaji pelajaran , persedian awal adalah sangat penting . Mama dan Abah akan sentiasa berdoa untuk kak Aisyah , semoga Aisyah dapat keputusan yang cemerlang untuk exam SPM ni , amin .
Pagi ni saya share resepi kari ayam yang simple . Anak-anak saya cukup suka makan kari ayam dengan nasi atau dengan roti . Saya pun suka so dalam sebulan tu 2-3 kali juga saya masak menu kari ayam ni .
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam anggaran 1.8 kg - bersihkan dan dipotong
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa
Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada selera sendiri .
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di potong 4 . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yg ditumbuk bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga , biar sampai semua bahan masak wangi . Kacau semua bahan-bahan .
- Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
2. Masukkan semua ubi kentang dgn santan ke dalam periuk , pastikan santan cair menutupi ubi kentang . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk , masukkan semua ayam dan gaul semua bahan bagi sekata . Masukkan garam secukup rasa bersama kerisik . Masukkan santan pekat secukupnya
- Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam masak , boleh la ditutup api dapur .
No comments:
Post a Comment