Kalau nak goreng pisang saya suka pisang nipah , pisang abu atau pisang nangka . Baru-baru ni saya try beli pisang tanduk sebab tertarik dengan saiz nya panjang dan besar . Saya peram pisang tanduk sampai agak masak dan bila digoreng memang sedap betul la rasa pisang tanduk . Rasanya masam manis macam pisang nangka tapi lebih manis so memang lagi sedap dari pisang nangka . Pisang tanduk banyak dijual kat tepi jalan nak ke pekan Banting so bila kami pergi Banting saya akan singgah beli beberapa biji pisang tanduk . Harga pisang ni sekilo RM5 so selalunya saya beli dalam 3-4 biji cukup la stok untuk dibuat 2-3 kali goreng . Anak-anak dan suami pun suka goreng pisang tanduk sebab rasanya kurang masam dari pisang nangka dan lebih manis dari pisang nipah kiranya rasanya in between la antara 2 pisang tu dan sangat sesuai dengan citarasa saya anak-beranak .
BAHAN-BAHAN :
Buah pisang tanduk
1 cawan tepung goreng jenama ADABI
1 cawan tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air sejuk secukupnya
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
CARA MASAK :
Kupas kulit buah pisang dan potong buah pisang tanduk ni menjadi kepingan kecil . Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam dan serbuk kunyit . Masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat .
Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian terus masukkan buah pisang ni ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga buah pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu .
Sedapnyaa! Nina suka pisang nangka ;)
ReplyDeletesalam knanie...mmg best kan pisang tanduk..goreng sedap..pengat pun sedap...dah bertahun2 cikla baca blog akka tau..suka respi akak yang sempoi2 tapi sedap sgttttttttt...follow yer
ReplyDeleteakak. sy dah smpai ni...nak makan goreng pisang boleh...hihiih
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteauntei...saya selalu baca blog autei...saya suka masakan Negeri Sembilan...Cikgu saya ada betulkan pada karangan saya.Cikgu kata bahasa yang betul ialah "Pisang goreng" dan bukannya "Goreng Pisang"...Kalau lah auntei x marah...Kalau baca tajuk tu "Pisang Goreng Tanduk" maksudnya ..pisang itu yang menggoreng tanduk..Tajuk atas tu sepatutnya " Pisang Tanduk Goreng"..maksudnya pisang yang bernama pisang tanduk itu digoreng...Minta maaf kalau saya salah..kalau betul auntei ikut lah..kalau salah saya minta maaf
to Anonymous ,
ReplyDeleteTQ ya , cuma kenapa x guna nama sendiri atau link blog kenapa guna anonymous , jangan la takut . k nanie x marah la malah nak ucapkan TQ hehehe
waalaikumsalam , lupa nak jawab slm anak Anonymous ^_^
ReplyDeleteNina Az , mmg sedap pisang nangka
ReplyDeleteTQ TQ Cik La baca blog kak nanie , mmg semua resepi k nanie simple hehe senang nak di masak . Pisang tanduk boleh buat pengat juga ya haaa boleh la k nanie try thanks
ReplyDeleteAdda , dah habis laa goreng pisang tu , sori ya
ReplyDelete