Pages

Monday, 4 March 2013

Tumis kicap ikan bawal emas


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian dilumur dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry ikan bawal ni . Bila minyak dah panas boleh la digoreng ikan sehingga masak kemudian diangkat dan tos dahulu . Susun ikan bawal emas ni di dalam pinggan/mangkuk yang sesuai .

Kupas semua kulit bawang serta halia dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sehingga wangi . Masukkan sos tiram , minyak bijan , kicap dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan boleh ditutup api dapur . Tuang atau ceduk kuah kicap ni dan tuang ke dalam pinggan yang berisi ikan bawal yang sudah digoreng tadi serta boleh la dihidang .

2 comments:

  1. Salam kak nannie, kak, nak tanya sikit lah..ikan bawal emas ni kan rasa isi dia macam mana?....seakan2 ikan bawal biasa tu ke?

    ReplyDelete
  2. sedap... naka cuba boleh

    ReplyDelete