Sayur pucuk paku yang ditumis ringkas dan mudah nak dimasak serta sedap..
BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur pucuk paku
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
1 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu kecil belacan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 atau 2 genggam udang kering
1 atau 2 genggam udang kering
CARA MEMASAK:
1) Bersihkan sayur pucuk paku dan ambil daun muda serta pucuk sahaja . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos ketepikan dulu . Jika tak berapa suka udang kering boleh dikurangkan jumlah atau tukar dengan ikan bilis / udang segar . Kalau tak suka belacan pun tak perlu dimasukkan dalam resepi ni .
2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air secukupnya untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk paku dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . Jangan masak sayur pucuk paku terlalu lama nanti jadi lembik dan tak sedap dimakan .
Sedapnya. Kakak nampak je syur ini terus masuk nak tahu juga cara masaknya. Kakak suka pucuk paku.
ReplyDeleteTQ kak singgah sini , resepi simple je ni , saya mmg suka pucuk paku
Deletepeberet pucuk paku wat mcm nie
ReplyDeletesama la saya pun suka masak simple mcm ni
Deletesaya pun hantu pucuk paku.....pucuk paku nie,masak apa pun sodap....
ReplyDeleteye ke hehehe , betul tu masak la mcm mana pun sedap saja pucuk paku ni
Deletesedapnye..makan pulak ngan nasik panas, ikan masin atau ikan goreng..
ReplyDeletealhamdulillah sedap , ye la ada ikan masin lagi sodap
ReplyDelete