Pagi ni belek gambar masa cuti raya dalam album fb hmmm bestnya cuti seminggu sambut Aidilfitri bestnya dapat balik kampung . Bila raya saja la kita dapat jumpa dengan saudara-mara yang dah lama tak kita hubungi macam saya raya tahun ni dapat pulang ke kampung Moyang , kami jarang balik sebab Moyang pun dah lama meninggal dan yang tinggal hanya la nenek saudara . Raya kali ni mak saya ajak balik sebab nak melawat nenek saudara yang akan pergi menunaikan ibadah haji . Alhamdulillah dapat juga saya ke kampung halaman mak ni dan dapat tengok sendiri rumah Moyang yang kosong serta usang tanpa penghuni dan kini semuanya tinggal kenangan saja..
Anak-anak saya yang teruja tengok pemandangan sawah padi menghijau di depan rumah saudara ni , nenek saudara saya tu masih kuat untuk bersawah . Pemandangan yang sangat cantik dah lama sangat saya tak dapat tengok pokok padi depan mata . Terimbau memori lama masa duduk di Jitra dulu , rumah saya dulu betul-betul di sebelah kawasan sawah padi macam ni la . Saya dulu main di kawasan sawah padi saja , tangkap ikan laga dan bila musim sawah kering petani tuai padi saya dan kawan-kawan main panjat sekam padi yang ditimpun meninggi hehe happynya masa kecil semua kenangan lama tu masih segar dalam ingatan saya ni...
Anak-anak saya bertuah sebab raya kali ni dapat balik kampung Opah dan dapat tengok rumah di mana Opah dibesarkan insyallah lain kali kita balik sini lagi , Mama harap anak-anak Mama ingat kampung asal-usul kita ni ya dan bila anak-anak Mama dah dewasa dan ada famili sendiri akan balik melawat saudara-mara dikampung...
Adlina action saja tu konon-konon nak panjat pokok kelapa hehe pengalaman baru untuk anak-anak saya bila balik kampung . Adlina dan Adam tak berhenti cakap tanya itu . Bestnya balik kampungkan...
Aisyah posing ambil gambar sebelah sawah pagi ni dan gambar ni special untuk di masukkan dalam fb untuk dibuat kenangan . Aisyah cakap - bukan senang nak berdiri dekat dengan sawah padi macam ni kan so mesti ambil gambar dan boleh share bagi kawan-kawan tengok .
Pokok padi yang subur dan dah mula keluarkan buah padi .
Di belakang rumah arwah Tok saya ada sungai dan setiap kali balik kampung mesti anak-anak saya nak tengok sungai sebab anak-anak saya ni teringin sangat nak mandi sungai dan alhamdulillah balik kali ni air sungai cantik , dulu masa saya kecil air sungai ni sangat jernih . Anak-anak saya nak mandi sungai tapi sayangnya denai atau jalan kecil untuk turun ke sungai dah dipenuhi dengan semak-samun rumput . 20 tahun dulu arwah ayah saya yang rajin mandi di sungai dan setiap kali nak solat pasti ayah akan mandi di sungai ni masa tu paras air tak dalam sangat dan air sungai ni bersih jernih .
Dulu masa kecil saya pernah mandi sungai ni dan masa tu keadaan sungai sangat bersih dan cantik . Di beting sungai tu la tempat budak-budak mandi termasuk la saya sementara arwah ayah saya suka mandi di sebalik tebing yang ada pokok buluh yang nampak dalam gambar ni . Sekarang sungai ni masih dalam keadaan yang ok tapi tak berapa dijaga kerana mana ada orang kampung yang turun mandi sungai . Kali terakhir saya mandi sungai ni pada tahun 2001 dan masa tu saya bawa anak sulung Aisyah yang berumur 3 tahun dan suami mandi sungai ni bestnyaaa . Sekarang ni budak-budak yang duduk di kampung lagi seronok main game duduk depan tv tengok kartun atau mengadap depan komputer , mereka mana minat nak mandi sungai atau mungkin mak/ayah tak bagi kot , anak-anak bandar macam anak saya saja yang teruja sangat nak mandi sungai hehehe..
Awal pagi kami turun suasana nyaman dan sejuk best la . Saya masa ni mengalamun terkenang kenangan masa kecil hmmm cepat sangat masa bergerak meninggalkan diri ni dan umur pun makin bertambah . Anak-anak pun makin besar insyallah mereka akan selalu balik kampung sebab pakcu memang tinggal di sini . Alhamdulillah la anak-anak saya masih dapat balik kampung dan merasai susasana tenang kehidupan di desa dan yang paling penting kenal asal-usul mereka..
Sejuknya pagi tu masih berkabus dan abah pula posing dengan anak-anak , kami tak dapat posing sekeluarga sebab tak ada orang lain yang boleh tolong ambilkan gambar . Pagi tu kami sekeluarga saja yang sibuk nak tengok sungai hehehe mana ada orang kampung nak keluar awal pagi time cuti raya ni hehehehe..
Jom kita balik kampung , diri ni dah mula rindu dengan suasana kampung insyallah kami akan balik lagi masa cuti sekolah .
Bestn beraya di kampung... Selamat Hari Raya Kak Nannie :-) !
ReplyDeletememang best hehe , slmt hari raya Qaseh :)
ReplyDelete