Pagi tadi saya sempat bancuh dan masak kek butter ni , memang agak mudah nak bancuh adunan kek ni dan bahan-bahan yang nak digunakan pun tak banyak . Resepi ni saya dapat dari website MyResipi.com terima kasih ya . Anak-anak saya pun suka cupcake yang simple tapi sedap macam ni , jemput makan ya....
BAHAN-BAHAN :
300 gm butter
300 gm gula castor
5 biji telur - grade B
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan fresh milk dlm kotak
320 gm tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak dgn tepung gandum
1 sudu besar coklat emulco
Coklat chips secukupnya
1 sudu baking powder - diayak dgn tepung gandum
1 sudu besar coklat emulco
Coklat chips secukupnya
Cara Membuatnya:
-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Sementara tunggu oven panas terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.
- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )
- Susun papercups dalam loyang pembakar .
- Susun papercups dalam loyang pembakar .
- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian dan masukkan coklat emulco ke dalam satu adunan tepung kemudian dikacau rata . Sendukkan adunan masuk ke dalam papercups . Taburkan choklat chips di atas adunan kek ni .
- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .
- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .
Yum yum sedapnyaaa..masa kek ni dalam avon rumah saya jadi wangi dengan bau kek ni...
sedapnya kek butter...nampak gebu...tumpang minum petang di sini ye Nannie...
ReplyDeleteterujanya tengok kek kiut 2 kaler ni.siap dengan choc chip lagi...
ReplyDeleteSeronoknya..rindu masakan mak..huhu
ReplyDeletecomel dan sedap..:)
ReplyDeleteWaaaa....kak, esok juga saya cuba....insya allah...
ReplyDeleteto Amie ,
ReplyDeletealhamdulillah mmg sedap kek ni , sila la Amie jom minum petang
to shahdiana ,
hihihi mmg kiut anak-anak saya pun geram tengok
to zyash,
ye ke dik nanti balik kampung mesti dpt merasa masakan mak
to puan kutu,
mmg comel kek ni
to Mat Gebu,
sila sila Mat cuba la nanti masuk dlm blog ya
mohon kongsi yer kak..
ReplyDeleteakak..cne nak wat measure ngn gne cwn?...kat umh xde penimbang..
ReplyDelete