Pages

Friday, 11 November 2011

11.11.11 - CUPPIES UNTUK JAMUAN KELAS AISYAH

Semalam masa ambil Aisyah di sekolah dari jauh saya tengok Aisyah senyum sakan . Hairan saya kenapa la pulak anak aku sorang ni senyum lebar betul hihih . Bila masuk je dalam kereta Aisyah terus cerita pada Mama dia ni " Maaa besok cikgu nak buat class party " oooooo rupa-rupanya cikgu kelas Aisyah nak buat jamuan akhir tahun so digalakkan pelajar-pelajar bawa makanan dari rumah . Aisyah request nak saya buatkan cupcakes untuk dibawa ke kelas partynya . Ok la juga bawa cupcakes sebab senang je nak bancuh cuppies so semalam saya pun mula la cari resepi butter cake dan saya guna resepi butter cake yang saya dapat dari MyResipi.com . Memang senang nak dibancuh serta hasil kek memang sedap . So semalam   saya buat cupcakes ni dan hari ni Aisyah bawa ke sekolah . Aisyah happy Mama pun suka hati sebab tengok senyuman anak yang melangkah riang ke sekolah hihi...

BAHAN-BAHAN :

300 gm butter
300 gm gula castor
5 biji telur - grade B
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan fresh milk dlm kotak
320 gm tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak dgn tepung gandum

Cara Membuatnya:

-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Sementara tunggu oven panas terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )


- Susun papercups dalam loyang pembakar .

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata . Sendukkan adunan masuk ke dalam papercups . 


- Bakar kek selama 20 - 30 minit sehingga kek masak . Saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la kek ni . Setelah kek masak , sejukkan cuppies di relai besi sebelum dimakan .


Aisyah tolong saya ayak tepung , pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk . Kerja-kerja membancuh kek yang mudah saya biar Aisyah buat sebab saya dah mula ajar Aisyah baking dan dia pun memang minat nak belajar sebab Aisyah sendiri pun suka makan semua kek yang saya masak especially cheese cake , red velvet , carrot cake dan chocolate cake . So memang sesuai la saya ajar dia baking dari sekarang sebabnya kalau dah pandai baking lepas ni dia boleh buat sendiri kek yang dia nak makan hihihihi...

Adunan kek ni saya bancuh dengan warna yang Aisyah pilih sendiri colorful laaaa....Mama ikut je color apa pun ok je hihihi..


Pagi tadi saya masukkan semua cuppies yang sedap yum yum ni dalam bekas dan siap untuk Aisyah bawa ke jamuan kelas , have fun dear dan make sure bawa balik bekas tupperware Mama ni hihih...

p/s . Anak kedua saya Adlina pun dah request nak cuppies juga untuk jamuan kelas dia minggu depan , orait dear Mama buat cuppies untuk Adlina juga :)

6 comments:

  1. Salam kak nannie,
    untung aishah dapat mama yang rajin, siap kaler2 lagi cuppies dia..mesti aishah bangga kan...ada lagi ke kak nannie, nak seketul...

    ReplyDelete
  2. senang ekk bahan-bahannya.nti klu nak buat saya godek resepi blog akk la.hehe..

    warna warni n sedap..budak2 mmg suka cupcake.

    untung ada mama rajin dan pandai baking..:)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap dan mudah!

    untungnya anak2 nannie
    :)

    ReplyDelete
  4. to Umi ,
    anak-anak Umi pun bertuah dpt mama yg mmg pandai baking . akak ni setakat nak buat kek yg senang insyallah boleh yg penting anak2 happy

    to Puan Kutu,
    insyallah senang boleh2 singgah la sini , akak pun dpt dari blog resepi.com , sharing is caring

    to kaklong ,
    insyallah mudah tapi kek ni mmg sedap , alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. bess nye...leh buat nih..budak2 mesti suka kan

    ReplyDelete
  6. Cubalah tambah chocolate chips. Anak 2 saya suka sgt.

    ReplyDelete