Isnin lepas saya ada beli pisang emas dan hari ni pisang tu dah cukup masak ranum so cara saya nak bagi pisang tu cepat habis dimakan ialah dengan dicampur/masak menjadi kek. Saya pun google la cari resepi cupcake coklat campur pisang dan saya jumpa resepi cupcake yang sangat sedap dari website JoyofBaking.com . Resepi cuppies ni sangat la mudah nak dimasak sebab adunan kek tak perlu dipukul hanya sekadar digaul rata dan boleh terus dibakar . Proses nak masak cupcake ni agak mudah dan cepat dalam masa 50 minit cuppies ni dah masak . So cepat dimasak dan sedap dimakan yum yum texture kek sangat moist laaa....
BAHAN A - DIAYAK ( disatukan )
130gm tepung gandum
200 gm gula - saya guna 180 gm saja
35 gm unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder
BAHAN B :
200 gm gula - saya guna 180 gm saja
35 gm unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder
BAHAN B :
1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak zaitun/sayur
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur size A
60 ml susu full cream dlm kotak
120 ml air suam
CARA MEMBANCUH ADUNAN :
120 ml air suam
CARA MEMBANCUH ADUNAN :
- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .
- Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang emas .
- Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra - tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak zaitun , pisang yg dilenyek dan kacau smeua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya hanya gaul guna spatula .
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air . Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati . Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair .

- Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
sedapnyaaaaaa... berkilat ngan coklat2 chip tu.. aduhhhh.. tangkap leleh tul..
ReplyDeleteSalam Kak Nannie..Wahhhhhh sungguh choclaty....mesti best ni, bau pisang pun harum jeee kan time baking
ReplyDeleteto jassnani ,
ReplyDeletetq singgah blog saya ya , hmmmm mmg sedap kek ni cuba la masak sendiri
to sue,
wlksalm memang sgt sedap yum2 tu la mmg wangi masak di masak