Memang sedap sayur yang dimasak lemak putih ni , cara masak yang simple saja tapi sesuai untuk dimakan seisi keluarga . Ada macam-macam sayur yang boleh diguna utk masak lemak putih ni macam sayur bayam , rebung , pucuk ubi , kobis dgn bunga kobis dan carrot , labu , petola dgn suhun/fucuk , pucuk manis dgn keledek , jantung pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran lain .
Bila masak lemak putih ni saya selalunya akan buat sambal belacan dan ada ikan masin atau ikan goreng , kombinasi yang sangat sedap dimakan bersama nasi ^_^
BAHAN-BAHAN:
500grm taugeh
1 batang carrot - saiz besar
1 ikat kucai
santan kelapa - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Bersihkan sayur taugeh/carrot/kucai dan ketepikan dulu , carrot dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan bawang merah serta bawang putih dipotong nipis .
Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur carrot dan garam secukup rasa , bila carrot dan lembut boleh dimasukkans emua taugeh serta kucai . sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak . Tutup api dapur bila taugeh dan masak serta boleh dihidangkan .

No comments:
Post a Comment