Alhamdulillah , anak-anak saya suka sangat lasagna ni ^_^
BAHAN UTAMA :
1 kotak instant lasagna - boleh tambah
BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 peket daging cincang-boleh tambah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja
CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula daging cincang , herba oregano dan kacau sampai daging masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .
BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa
CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan sedikit saja serbuk black pepper dan cooking cream . Gunakan api sederhana besar dan sentiasa kacau sos bechamel ni . Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak . Boleh ditutup api dapur.
CARA MASAK LASAGNA :
Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.
Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir menutupi pemukaan lasagna paling atas kalau kuah bechamel tak cukup ruang saja susu supaya betul-betul banjir . Sos bechamel akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna . Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti . Sos bolognese dan bechamel yg tak habis boleh disimpan .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri
* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .
Mula-mula susun kepingan lasagna kemudian diletak sos bologna dan diletak sos bechamel yang putih . Kemudian susun balik kepingan lasagna . Buat sampai ke lapisan paling atas .
Sos bechamel dimasukkan selepas sos bolognese.
Bila dah buat 3 lapisan pemukaan paling atas ditabur dengan keju mozarella , cheddar dan parmesan . Saya masukkan banyak juga sos bechamel sampai menutupi pemukaan atas kepingan lasagna kiranya sampai banjir la supaya kepingan lasagna masak dengan elok menjadi lembut .
-Tutup pemukaan loyang pembakar dengan kepingan aluminum foil dan masukkan lasagna ni dalam oven dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak . Kemudian buang kepingan aluminum foil dan masukkan semula loyang pembakar ni ke dalam oven dan biarkan lasagna masak sehingga pemukaan atas lasagna bertukar coklat keemasan atau sedikit garing . Boleh la di keluarkan loyang ni dan biarkan lasagna sejuk sedikit untuk dimakan .

Aduuuhh.... bukan sakit tau tapi kakak rasa macam nak makan aje apa yg ada dlm gambar tu.
ReplyDeleteNak mencubalah. Jelas step yg diberikan. Insya-allah boleh ikut ni... terima kasih.