Pages

Friday, 23 August 2013

Majlis pertunangan Ika

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas 17/8/13 telah berlangsungnya majlis pertunangan anak saudara saya Ika yang merupakan anak sulung kakak saya kak Ida . Memang seronok bila dapat berkumpul adik-beradik meraikan majlis yang sangat bermakna buat family kak Ida dan abg Sabri serta kami semua . Makcik Nannie doakan Ika akan selamat pula diijabkabulkan bersama Ariff Shah , amin .  

Hantaran dari kedua belah pihak yang sangat cantik..

3 dulang berbalas 5 dulang.






Ika bergambar bersama Mama dan Ayah .


Saya bersama Ika yang cantik berseri-seri pada majlis pertunangan .


Sesi bergambor buat kenangan..Pakcu segak bergambar dengan anak-anak sedara . 


Bergambor lagi untuk di simpan buat kenangan . Kakak saya kak Norsidah tak dapat bersama kami kerana menghadiri kursus Haji insyallah masa kenduri pernikahan Ika kami semua dapat berkumpul ^_^

Syukur alhamdulillah , gendang-gendut tali kecapi kenyang perut senang hati hehe . Insyallah hujung tahun ni kami akan berkumpul lagi untuk sama-sama meraikan majlis pernikahan Ika pula . Warna tema untuk baju yang akan dipakai masa kenduri Ika pun saya dah tahu so insyallah minggu depan boleh la saya ke Nilai 3 cari kain sedondon untuk kami pakai anak-beranak dan baju untuk hari pernikahan ika tu nanti akan merangkap baju raya kami sekeluarga tahun depa senang kerja alhamdulillah ^_^

No comments:

Post a Comment