Sambal telur yang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi biasa , sajian ringkas dari dapur saya di hari Sabtu ni ^_^
BAHAN-BAHAN :
6 biji telur
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar
* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal ni cukup masak serta sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :
Goreng sebiji demi sebiji telur dan ketepi kan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .
Masukkan semua telur goreng tadi serta garam dan gula secukup rasa . Kacau seketika sambal telur ni bagi semua bahan mesra dan boleh la ditutup api dapur.
No comments:
Post a Comment