Hujung minggu yang lepas kami balik kampung dan kebetulan bapa mertua ada buat daging salai . Mak mertua saya dah siap ketepikan daging salai untuk kami bawa balik dan hari ni saya masak menu kegemaran suami saya ni masak lomak cili api daging salai , alhamdulillah sedap ni...
BAHAN-BAHAN :
500gm daging lembu salai
4 cawan santan pekat
4 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
3 batang serai - dititik
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
15 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan .
CARA MEMASAK :
Rendam daging dalam air biasa selama 1 jam untuk buang kotoran/habuk abu , tos daging dan boleh la dipotong daging menjadi ketulan/kepingan kecil dan bersihkan serta diketepikan dulu .
Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan , daging dan sekeping asam keping ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan semua ubi kentang . Kacau kuah supaya tak pecah minyak . Biarkan daging masak dan sebati dengan kuah serta ubi kentang menjadi empuk . Sekali sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
Sedapnya kak... Tapi saya tak reti nak buat daging salai tu lah.. org kata kena bakar guna kayu api ek. sy pernah try bakar guna arang, tak dapat rasa 'salai' tu :(
ReplyDeletealhamdulillah sedap , kalau dikampung memang diguna kayu api batang pokok getah , kayu api ni dibiar sampai jadi bara baru la disalai daging . Rasanya boleh juga guna arang tapi biar sampai jadi bara baru la elok diguna utk salai daging ^_^
ReplyDeletesalam kak, mencari2 resepi daging salai, jumpe plak blog akak. mesti follow nih hehee...
ReplyDeletejemput flow blog sy gak, sy br beginner :)
http://jmhai-netline.blogspot.com/