Pages

Thursday, 25 October 2012

Sedapnya - ikan cencaru belah belakang

Cara masak ikan cencaru macam ni paling saya dan suami suka makan , sedap la...

BAHAN-BAHAN:

5 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK:

10 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

Sambal ni ditumbuk hancur dan jangan sampai terlalu lumat.
CARA MEMASAK :
-Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya . Ikan dilumur dengan garam kemudian disumbat dengan cili tumbuk tadi di bahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili di bahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.

-Panaskan minyak yang banyak untuk mengoreng teknik deep fry dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan . Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit.Kulit ikan cencaru yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.
-Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .


Ikan cencaru yang sudah siap untuk digoreng .

2 comments:

  1. Assalamualaikum... nannie..
    Salam aidiladha... Selamat balik kg.. :D
    Nani pun selalu wat ini.. sbb anak2 suka sangat makan cencaru sambal sumbat belakang ni.. mmg sangat2 sedap.. kalau buat ni.. sekor sorang.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. wlkslm jassnani , tq dan selamat menyambut hari raya aidiladha , hehe mmg sedapkan :)

    ReplyDelete