Pages

Tuesday, 20 March 2012

IKAN TONGSAN MASAK KICAP BEREMPAH

Tiap kali ke Tesco Nilai saya mesti tertarik tengok ikan tongsan yang dijual so semalam saya beli beberapa keping ikan tongsan ni . Suami saya bagi tahu yang ikan tongsan memang antara ikan pilihan di Negeri Sembilan ni dan selalunya ikan tongsan ni di masak gulai cili api a.k.a masak lemak cili api campur kulit rambai atau daun asam gelugor . Saya pula dah ubah cara masak ikan tongsan ni dan alhamdulillah sedap , ikan ni perlu dibasuh dengan asam jawa dan digoreng garing tapi jangan la garing sampai jadi keras hehehe kiranya sedang elok garing je , jika ada yang berminat nak cuba resepi ni sila la ubah suai resepi ikut citarasa anda sendiri ya ^_^

BAHAN-BAHAN:

3 keping isi ikan tongsan
2-3 sudu besar rempah sup atau rempah kurma
1 biji bawang besar - dipotong membulat
Air asam jawa secukupnya
Kicap manis secukup rasa
1 sudu kecil minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air


BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji bawang merah - yg besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
* Ikan tongsan dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit dan menjadi keras.

* Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan ditumbuk lumat dan semua rempah  biar masak hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan air asam jawa secukupnya dan terus kacau , boleh ditambah sedikit air supaya lebih banyak kuah 


* Masukkan semua ikan tongsan serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata , racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata . Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


- Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas boleh ditambah cili api yang dibelah 2 .

6 comments:

  1. nannie sdpnye menu2 u. pandai betul u memasak! boleh bukak kelas ni.. boleh t g belajar.. serius ok? bukan main2... bertuah suami dan anak2 u tau!

    take care ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya ni banyak masak respei yg simple saja hehehehe , terima kasih ya

      Delete
  2. uiiisshhh sedapnye...


    kak nanie, skang pindah kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah , akak sekarang ni di Putra Nilai

      Delete
  3. rajin nanie masak..
    kita memang suka masak apa yg orang rumah suka makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 bila dtg mood nak masak mmg saya rajin tapi kalau rasa nak rehat tu saya makan di luar juga hehehe

      Delete