Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah selepas seminggu balik kampung dan ke Penang untuk sambut Aidilfitri beraya selama seminggu . Syawal kali ni memang cukup mengembirakan buat kami sekeluarga kerana kami dapat berkumpul sambut Aidilfitri bersama bonda , adik serta dengan semua kakak serta abang . Anak-anak saya memang looking foward nak beraya di Kuala Kangsar dan Penang sebab nak berkumpul dengan semua sepupu . Syukur alhamdulillah Aidilfitri kami sekeluarga kali ni disambut cukup meriah seperti yang saya dan suami rancangkan , amin .
Sekarang ni dah balik rumah sendiri tapi kenangan sepanjang minggu beraya tetap segar dalam ingatan kami sekeluarga insyallah tahun depan kalau dipanjangkan umur serta sihat tubuh badan boleh la kita berkumpul beraya bersama lagi kan...
Sup ikan siakap juadah semasa kami berbuka puasa di kampung..
BAHAN-BAHAN:
3 keping bahagian isi ikan siakap dgn separuh kepala ikan
2 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
1 batang carrot
2 batang celery
1 batang carrot
2 batang celery
Garam secukup rasa
Bawang goreng secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS :
1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai besar - dititik
2 batang serai besar - dititik
CARA MEMASAK :
- Bersihkan ikan dan tumbuk lumat semua bawang , halia serta lengkuas . tomato dipotong empat .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi kemudian masukkan air secukupnya dan rempah sup bunjut . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan serai dititik , carrot , celery dan kacau semua bahan-bahan .
- Bila kuah sup dan nak mendidih masukkan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
- Bila kuah sup dan nak mendidih masukkan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup serta bawang goreng ke dalam sup.
- Boleh ditambah fish ball ke dalam sup ikan ni . Ikan siakap jenis besar macam ikan merah yang diguna untuk sup ikan ni .
- Boleh ditambah fish ball ke dalam sup ikan ni . Ikan siakap jenis besar macam ikan merah yang diguna untuk sup ikan ni .
Isi ikan siakap yang fresh berwarna cerah dengan isi yang manis..
Kuale Kangsar kat mane...Saya org Kota Lama Kiri (Kg Pdg Ampang)....Dah 2 tahun tak balik kg ni...Dengor name disebut pun dah rindu...
ReplyDeleteto zarisma ,
ReplyDeletesama la kita kampung saya di kota lama kiri , belakang masjid kota lama kiti . ye ke lama tu 2 tahun tak pe insyallah nanti Zarisma dapat la balik ke sini ya