Pages

Friday, 23 September 2011

Jom makan pizza

Pizza time yeesszaaaa...
Home made pizza so terserah la pada kita nak guna apa saja bahan utnuk topping pizza ni..

Bahan-bahan untuk pizza yang saya guna..


Kali ni saya buah dough guna tepung penuh bijirin atau whole wheat flour dan resepi untuk doh pizza ni saya dapat dari ALLRECIPES.COM so boleh klik untuk lihat resepi original cara-cara nak buat doh ni , klik saja SINI . Saya pun translate kan resepi ni..

BAHAN DOH PIZZA :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung whole wheat
125 ml air suam
1 sudu besar yis 
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu kecil gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar minyak sayuran
1 1/2 cawan air suam

CARA MEMASAK :

Bancuh yis serta gula dengan semua air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Kemudian masukkan minyak sayur dan kacau .


Campurkan tepung gandum dan tepung whole wheat dengan garam dan digaul rata . Kemudian buatkan lubang dibahagian tengah tepung , tuang bancuhan yis dengan air suam tadi sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh . Saya uli doh ni diatas talam besar yang ditabur dengan sedikit tepung gandum dan uli doh ni selama 10-15 minit . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la dibahagi menjadi 2 ketul doh dan dibiarkan rehat selama 40-30 minit lagi sehingga doh naik sekali ganda lagi .


-Bila doh dah naik dgn cantik boleh la dicanai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza yang sudah dioles dengan minyak sayur . Gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Bila doh pizza dah siap dimasak dan dibiarkan sejuk dulu kemudian baru la saya mula susun semua bahan-bahan topping . ikut pada citarasa kita nak guna apa saja jenis bahan .


BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos bolognese - prego
sosej ayam secukupnya -dipotng
jejari ketam secukupnya - dipotong
cili capsicum secukupnya
sos thousand island secukupnya
parutan keju cheedar secukupnya
parutan keju monzarella secukupnya
Last sekali tabur keju dan boleh la dibakar selam 20-15 minit atau sehingga pemukaan keju menjadi cair dan masak keperangan . Boleh dikeluarkan pizza dari oven potong dan dibiarkan sejuk sikit baru la dimakan..

Ni la rupa doh pizza yang sudah kembang sekali ganda dari saiz mula-mula diuli..

4 comments:

  1. nampak sedap piza tu... uli doh piza tu guna bread maker or tangan aje?

    ReplyDelete
  2. to Niza ,
    alhamdulillah sedap ikut pada selera kami sekeluarga . Saya taka da bread maker so saya uli doh pizza guna tangan saja di atas talam besar yang ditabur dengan sedikit tepung .

    ReplyDelete
  3. suke tengok entri masakan akak lagi2 piza...kalo sy buat piza atau tak tau nak wat topping ape..sy suke refer blog akak....hihihi

    ReplyDelete
  4. to limaopurut,
    tq ya dik selalu singgah sini , hehehe mmg pizza ni kita boleh ikut suka nak letak apa pun bahan kalau ada rendang semalam yg still elok pun blh dibuat jadi topping pizza hehehe

    ReplyDelete