Pages

Monday, 27 October 2014

Laman Nennie - Adenium bonsai

Selain bunga ros saya suka bunga adenium bonsai , bunga adenium sangat cantik especially jenis bunga yang kelopak berlapis-lapis dengan warna pelbagai tona . Sekarang ni semakin banyak variety bunga adenium bonsai yang di jual di nursery dan kebanyakkannya dari Taiwan , Thailand atau tokeh nursery yang biak anak pokok bonsai dari biji benih . Saya ada 20 variati pokok adenium dari pelbagai jenis bentuk bunga dan warna yang saya mula jaga sejak Mei 2013 .

Pokok adenium ni mudah dijaga dan tak perlu disiram tiap-tiap hari . Saya guna tanah khas untuk pokok adenium yang saya beli nursery iaitu campuran pecahan arang , batu batan dan kompos . Pokok adenium yang ditanam dengan tanah khas ni tahan lasak walaupun di timpa hujan tiap-tiap hari kerana tanah khas ni tak simpan air . Saya guna baja organik yang dikhas kan untuk pokok adenium . 

Pokok adenium yang baru dibeli di tanam dalam sabut kelapa , saya akan basuh bahagian akar pokok untuk buang semua sabut kelapa yang melekat pada akar pokok adenium . Lepas dah basuh pokok adenium ni akan di gantung supaya akar cukup kering . Pokok adenium yang sudah kering boleh la di tanam dalam pasu baru dengan menggunakan tanah campuran khas . Selepas 1-2 bulan pokok adenium yang ditanam akan mula berbunga . Saya guna baja foliar yang saya sembur pada pokok adenium sekali seminggu . 

Hama merah adalah sejenis serangga halus yang selalu di jumpai di bahagian bawah daun pokok adenium , hama merah akan sedut cecair dalam daun dan mengakibatkan daun menjadi kering dan mati , hama ni bila di picit akan mengeluarkan cecair merah . Saya guna racun khas yang dapat bunuh hama merah ni . Saya hanya sembur racun bila ada hama merah ni bawah daun so kena rajin belek bawa daun . 



Sekilas pandang bunga adenium ni bentuknya macam bunga ros sebab kelopak bunga adenium ni berlapis-lapis dengan kombinasi bunga yang sangat unik dan cantik . Bunga adenium ni bila kembang memang tahan lama cuma sayangnya bunga adenium ni tak ada bau wangi tapi saya tetap suka bunga adenium ni sebab sangat cantik dan pokok adenium sangat senang di jaga .


















Friday, 24 October 2014

Sup sayur petola

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

1 batang sayur petola
4 biji ubi kentang
1 batang celery
1 peket fish ball
1 peket campuran suuhun/fucuk - boleh tambah
air secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur petola , di buang kulit dan dipotong kecil  , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan direndam sekejap kemudian ditos dan ditumbuk semua bersama bawang putih serta bawang merah . Rendam suhun dan fucuk dlm bekas yg sesuai dan biarkan sampai suhun/fucuk kembang . kemudian tos dan ketepikan dulu . Kupas kulit ubi kentang dan dipotong kecil , potong celery dan ketepi kan dulu .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan fish ball dan semua ubi kentang . Nila ubi kentang dah empuk boleh di masukkan celery dan sayur petola . Kacau dan boleh la dimasukkan garam secukup rasa . Akhir sekali bila sayur dah masak boleh  dimasukkan suuhun/fucuk dan dikacau sekejap kemudian terus tutup api dapur . Tutup periuk nanti suuhun/fucuk akan masak dalam sup yang panas .

Thursday, 23 October 2014

Boboy Nestum

Anak saya Adlina yang bagi nama nestum pada kucing kami ni sebab warna bulunya mirip macam warna Nestum ^_^  . Nestum ni seekor kucing yang sangat baik , manja dan suka di belai , cool saja . Sekarang ni Nestum semakin comel dan semakin montel sebab Nestum ni kucing yang suka makan . Bila dengar bunyi mangkuk makanan di isi dengan kibble , laju saja Nestum lari ke dapur nak makan ^_^  . Nestum ni jenis Domestic Long Hair dan berumur 5 bulan . Semoga Nestum sentiasa sihat dan happy bersama kami , amin .

Bestnya Nestum duduk releks atas meja sambil teman kan Mama yang tengah up date blog . Kadang-kadang ni la aktiviti Nestum yang suka duduk atas meja komputer dalam bilik . Kejap Nestum duduk diam dan kejap dia bangun jalan keliling laptop dan atas laptop sebab nak attention dari Mama ^_^ my manja Nestum yang gebu gebas ^_^


Salah color la Nestum , pink tak sesuai untuk Nestum ^_^


Bulatnya mata , my boboy Nestum ^_^

Pandai posing bila kak Aisyah ambil gambar dia ^_^


very kleber boy , pandai je Nestum posing ^_^


 Nestum ^_^

Wednesday, 15 October 2014

Congo bar

Saya guna resepi Congo Bar dari blog Masam Manis milik kak Azlita Aziz . Memang sedap Congo bar ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

315 grm tepung gandum
150 grm mentega
320 grm gula perang / brown sugar
3 biji telur
 2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanila
250 grm coklat chips
1 cawan kekacang

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Sapu butter pada semua pemukaan loyang berukuran 8x8 inci kemudian sapukan pulak tepung gandum pada pemukaan loyang itu .

- Ayak tepung dengan baking powder dan garam kemudian ketepikan dulu . 

- Masukkan gula bersama butter dan digaul rata sampai gula larut . Saya guna senduk kayu untuk mengadun semua bahan ni . Masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan butter tadi dan dipukul sampai sebati . Kemudian masukkan esen vanilla dan gaul rata semua bahan . 

Masukkan tepung yg sudah diayak dgn baking powder dan garam tadi ke dalam adunan butter .  Masukkan semua chip cokolat dan kekacang dalam adunan dan dikacau semua bahan sampai sebati  dan tuang adunan ke dalam loyang tadi . Rata kan adunan dan boleh ditapur kepingan badan badam serta cokolat chips sebagai hiasan . Bakar dalam ketuhar selama 25-30 minit atau sehingga pemukaan bertukar warna golden brown , jangan over cook .

Saya guna loyang berukuran 10" x 10" x 1.5"

Tuesday, 14 October 2014

Tumis belacan kangkung

Hmmm wangi semerbak dapur saya hari ni bila saya tumis bahan tumbuh untuk masak tumis belacan kangkung . Kombinasi bahan tumis yang terdiri dari bawang merah , bawang putih , udang kering , cili merah dan belacan yang di tumis sampai masak yang menjadikan menu sayur ni sangat sedap , alhamdulillah . 


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih - saiz besar
1 biji cili merah
2 cm belacan
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap bagi lembut

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili merah , bawang merah+bawang putih ,belacan dan udang kering . Bersihkan sayur kangkung dan potong , ketepikan dulu .

-Panaskan 3-4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan semua sayur kangkung dan kacau , masukkan garam secukupnya dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.
                            

Tomyam santan ayam

Bila masak tomyam saya memang tak guna banyak sayur kerana jus dari sayur akan menjadi kan kuah tomyam manis . Saya selalu guna cendawan tiram dan buah tomato sahaja . Tiada sukatan yang tepat bila masak tomyam ni selalunya saya pakai agak-agak saja dan ikut selera sendiri . Kita yang masak so ikut selera kita untuk tambah atau kurang bahan , tepuk dada tanya la selera ^_^  


BAHAN A:

800 gm ayam
150 grm cendawan tiram
500 ml air - boleh ditambah atau dikurangkan
200 ml santan
gula secukup rasa - jika perlu
sos nampla secukupnya
daun ketumbar secukupnya

BAHAN B:

6 sudu pes tomyam

10 biji cili api - dibelah 2
2 biji limau nipis - ambil jus saja
1 biji bawang besar
2 inci lengkuas
1 biji bawang putih - dititk
3 batang serai - dititik
6 helai daun limau purut



*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua isi ayam dan potong kecil dan bersihkan cendawan dan disiat menjadi kecil , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang , lengkuas dan di potong kecil .

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam , lengkuas , bawang besar/putih , serai , cili api dan biar sampai kuah mendidih . Kemudian masukkan semua santan dan kacau , rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis secukupnya  . Boleh dimasukkan sos nampla , gula secukupnya dan kacau .

3) Masukkan semua isi ayam dan daun ketumbar serta boleh la dikacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan cendawan , kacau sekejap sampai cendawan masak dan boleh la ditutup api.

Monday, 13 October 2014

Sunday, 12 October 2014

Kucing-kucing kami

Selamat cuti hujung minggu ^_^

                             
Awal pagi bila pintu rumah di buka ni la rutin biasa anak-anak kucing saya , semuanya suka duduk depan pintu tengok luar . Semua kucing saya memang duduk dalam rumah saja , saya tak lepas bebas kucing-kucing saya keluar dari rumah . Tapi ikut la pada owner , ada yang memang biar kucing bebas tapi saya lebih suka bela kucing dalam rumah supaya keselamatan kucing terjamin selamat dan kebersihan/kesihatan kucing saya lebih baik , insyallah . Pada saya banyak sangat kesan/perkara negatif jika kucing di lepas hidup bebas . 

Kucing saya ni jenis DLH atau domestic long hair , cross breed antara kucing Parsi dengan kucing DLH atau dengan flat face dan juga DMH atau domestic medium hair cat . Saya teringin juga nak beli kucing pure Persian tapi memang saya tak mampu la sebab harga kucing Parsi yang asli mula dari 2K ke atas dan kalau kucing yang ada surat beranak lagi la mahal tapi kalau kita bernasib baik boleh juga dapat yang pure Persian dengan harga bawah 2K . Saya beli kucing yang harga masih mampu milik , syukur alhamdulillah dengan kucing yang kami bela ni , semuanya comel dan sihat membesar , insyallah .

Makan time nomnomnom yummmy , syukur alhamdulillah .

Anak-anak saya memang nak sangat bela kucing sejak tahun lepas lagi so pada pertengahan tahun ni saya beli kan beberapa ekor anak kucing untuk anak-anak dan untuk saya sendiri ^_^

Saya beli anak kucing dari kawan yang memang berpengalaman membela kucing so anak-anak kucing yang saya bela ni memang sihat selain tu anak-anak kucing saya ini memang dah pandai guna litter box sejak baby serta hanya makan kibbles atau biskut utk kucing . Memang senang nak jaga kucing-kucing ni . 

Masa nak beli atau nak adopt kucing mesti lah :

1) Perhati kan keadaan anak kucing atau kucing yang nak di beli atau yang nak di adopt tu dalam keadaan cergas happy bermain dan bukannya dalam keadaan lemah atau moyok serta diam sebab itu mungkin tanda kucing itu demam atau sakit . Perhati kan kebersihan kucing , kulit bebas dari kurap/ring worm , di celah bulu tiada serpihan putih macam kelemumur atau fungus , tiada biji-biji hitam iaitu telur kutu atau kutu yang merayap kt bulu kucing . Bulu kucing tak mudah tanggal atau gugur . Kalau gugur maknanya kulit kucing dah kena jangkitan fungus .

2) Tengok dan belek telinga kucing pasti kan tiada taik telinga atau kutu dan bahagian tepi telinga tiada kurap . 

3) Tengok mata kucing sihat dan tidak merah atau banyak taik mata , berair . Itu tanda kucing sakit mata kena jangkitan . Hidung tak berair - kalau berair maknanya kucing tak sihat selsema .

4) Jika perut kucing buncit dan bahagian badan lain kurus kering tu tanda kucing ada cacing atau ada masalah kesihatan .

5) Tanya owner atau si penjual sama ada kucing yg nak dijual sudah di bawa untuk jumpa doktor haiwan untuk di beri cucuk vaksin , di bagi ubat cacing dan ubat kutu . Jika sudah minta kad bukti dah cucuk . Kalau belum cucuk , bila dah beli kucing atau bawa balik terus bawa ke klinik haiwan untuk check-up dan boleh di vaksin dgn dos pertama . Kucing seeloknya di cucuk pada usia 3 bulan , 4 bulan dan 5 bulan atau ikut pada berat kucing jika kucing dah sampai berat  1 kilogram dah boleh di cucuk dengan dos pertama . Ubat cacing akan di beri pada umur 3 bulan , 4 bulan , 5 bulan  . Ubat kutu pun sama . 

6) Kucing perlu di cucuk vaksin 1 kali setahun dan setiap 3 bulan perlu diberi makan ubat cacing . Kucing perlu di beri suntikan supaya badan kucing ada imuniti untuk melawan penyakit . Kalau kucing yang kita baru nak bela tu dah besar masih perlu di bawa berjumpa doktor haiwan untuk di beri suntikan vaksin . 


Sweet kak Bubu , kucing pertama yang kami bela dan kucing paling tua dalam rumah saya ni . Kiranya Bubu ni kak long pada adik-adik yang lain . Bubu ni saya bela dari umur 2 bulan dan tahu nama dia , kalau saya panggil tu cepat je Bubu berlari datang dekat saya . Sekarang ni Bubu dan berumur 6 bulan dan sangat manja dengan saya serta anak-anak .


                           
Ni pulak si comel Bebe..love..love..


Abang Nestum yang hencem....love...love..


Princess Oyen....love..love


Adlina dengan Bebe dan Bubu...love..


Aisyah dengan Nestum dan Oyen....love..

Saya bagi kucing-kucing saya ni makanan jenis kibble premium Royal Canin dan setiap pagi vitamin Vetri HBR for cat . Seminggu sekali saya bagi wet food Royal Feast . Sebulan sekali di bawa ke Klinik haiwan untuk sesi gromming iaitu mandi , potong kuku , cuci telinga dan check-up . Kucing yang sihat insyallah akan sentiasa happy . Bila kucing sihat dan happy baru la senang kita nak jaga . 

Kucing di rumah kami ni bukan setakat haiwan peliharaan untuk anak-anak saya main tapi adalah sebahagian keluarga kami . Seronok tengok keletah dan perangai kucing-kucing saya ni , setiap kucing ada sikap tersendiri . So sekarang ni bila dah ada kucing sendiri baru la anak-anak puas hati  , syukur alhamdulillah ^_^

Friday, 10 October 2014

Masak lemak cili api telur itik

Masak lemak telur itik ni memang lauk kegemaran anak-anak saya . Saya beli telur itik ni masa pergi kenduri kahwin di Kuala Pilah , on the way balik singgah gerai tepi jalan yang ada jual buah-buahan , itik salai , daging salai , ikan keli salai , telur masin dan telur itik . Jarang dapat jumap telur itik dan harga pun lagi murah kat gerai tu .

Masak lemak cili api telur itik ni saya first time makan masa mula-mula bernikah dengan suami . Kalau di sebelah utara masak lemak macam ni guna telur ayam tapi di kampung suami di Jelebu masak lemak cili api guna telur itik .Saya tanya mak kenapa guna telur itik dan bukan telur ayam . Mak cakap telur itik tak sedap di goreng dan hanya sesuai dimasak cara ni selain tu telur itik yang besar memang sedap bila di masak lemak cili api , alhamdulillah .



BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup  , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2 . Pecahkan sebiji telur itik dalam cawan dan secara perlahan-lahan masukkan ke dalam periuk dan  kemudian masuk lagi telur itik sampai habis semua 5 biji . Perlahan kan api dapur guna api dapur sederhana atau kecil dan tutup periuk . Selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan perlahan-lahan cuba kacau kuah dan jika telur sudah menjadi keras boleh la dikacau kuah secara perlahan , cuba pastikan telur tidak melekat di dasar periuk . Rasa kuah masak lemak jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah , bila telur dah cukup masak boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, 8 October 2014

Gulai keladi lambuk

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

3 batang keladi lambuk - anggaran pjg 12 inci
2 peket cendawan
100 grm udang kertas kecil
1 helai daun kunyit
1 1/2 cawan santan - secukupnya
1 keping asam keping
sedikit minyak untuk menumis


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 batang serai - diracik
Garam kasar secukup rasa


CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan batang keladi lambuk kemudian disiat kulit luar dan di potong nipis menyerong . Bersihkan cendawan dan disiat kemudian bersihkan udang dan ditos serta diketepikan dulu . 

Bersih dan kupas semua kulit bawang kemudian tumbuk lumat bawang bersama cili api , serai , kunyit hidup dan garam kasar .

Panaskan dalam 2-3 sudu besar minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi dan terus masukkan santan dan kacau biar sampai hampir mendidih dan masukkan semua keladi lambuk tadi dan kacau biar sampai keladi masak . Masukkan semua udang dan daun kunyit yang diracik serta asam keping tadi dan kacau semua bahan

Boleh dimasukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga sekata dan biar sampai udang dan masukkan semua cendawan . Kacau lagi dan bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur serta dihidangkan rendang lambuk ni .



Ni la rupa bentuk keladi lambuk , kena siat kulit dan boleh di potong kecil . Keladi ni tak perlu di rebus dulu sebelum di masak buat sayur/lauk sebab keladi ni tak gatal so boleh terus di masak .

Saturday, 4 October 2014

Jelatah a.k.a acar mentah

Yum yum Malaysian salad..


BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas masak ranum
2 biji timun Jepun
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

BAHAN  PERISA :

Cuka makan - secukup rasa
gula dan garam - secukup rasa

CARA PENYEDIAAN JELATAH :

Kupas buah nenas dan potong kecil , bersihkan timun dan di potong kecil/nipis . Kupas kulit bawang dan dipotong nipis . Potong cili merah kecil .

Gaul semua bahan-bahan dan tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Acar ni elok disediakan sejam sebelum dimakan supaya semua bahan cukup mesra dgn bahan perisa .

Ayam goreng kicap manis

Ayam goreng kicap ni saya masak untuk dimakan dengan nasi tomato , alhamdulillah sedap dan senang nak dimasak . Perap saja ayam dengan beberapa jenis bahan , nak tambah atau kurang bahan ikut pada selera sendiri .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam yang besar - dipotong 12 bahagian
kicap cair secukupnya
kicap pekat secukupnya
sedikit minyak bijan
sedikit serbu perasa 'secukup rasa'
minyak masak secukupnya utk deep frying

* tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :
Gaul ayam bersama kicap cair , kicap pekat , serbuk perasa , minyak bijan dan garam secukupnya dalam bekas berisi ayam tadi , semua bahan digaul rata dan perap selama 4-5 jam .

Panaskan minyak yang secukupnya dan goreng semua ayam sampai masak . Bila dah masak boleh diangkat dan tos ayam . Ayam ni boleh dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , nasi minyak , nasi tomato , nasi briyani dan lain-lain jenis nasi lagi . 

Ayam yang diperap .

Thursday, 2 October 2014

Kesukaan anak-anak -nasi tomato


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam atau daging
3/4 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
3 sudu besar tomato puree - boleh ditambah 1 sudu lagi
2 biji buah tomato masak ranum - dipotong kecil-kecil
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Bersihkan beras basmathi dan rendam beras selama 30 minit . Bila cukup 30 minit beras ni di tos serta di ketepi kan dahulu . Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus kemudian buah tomato dipotong kecil-kecil .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan semua bawang menjadi layu kekuningan kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan tomato puree.

Kemudian masukkan semua air , susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini .