Pages

Monday 26 March 2012

SUP CENDAWAN


 BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 atau 2 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut . Masukkan 2 sudu tepung gandum ke dalam cendawan ni dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . Tutup api dapur dan kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-. Masukkan balik sup cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Ni la rupa cendawan yang saya guna untuk sup ni .

9 comments:

  1. salam kenal nanie..
    ziarah disini dan follow kamu..resepi keluarga yg menarik..trima kasih sbb sudi dikongsikan.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Zila , terima aksih singgah sini dan follow ya

      Delete
  2. rajinnya kak nanie..kalau sy. ,wajibla beli yg dlm tin tu..hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pen biru , masak sendiri lagi sedap 1000x hehehehe , nak masak pun bukannya susah 30 minit dah siap . yang dalam tin tu ada bahan pengawet , perisa tiruan dll lagi :)

      Delete
  3. assalammualaikum...
    rajinnye guna resepi sndr..sy baru mlm tadi buat, tu pun segera punye(ank2 suka campbells)..wajib beli sbb ank2 suka mkn tp mama dia malas..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm ieja,
      bukannya susah nak masak sup ni 30 minit siap , semua bahan-bahan fresh dan rasa sup ni terlalu sedap berbanding yg dalam tin tu dan yg penting khasiat vitamin semulajadi baik utk pembesaran anak-anak kita hihi :)

      Delete
  4. You have a wonderful blog with great recipes.Glad to follow you.
    Do visit my new blog in your free time.
    http://www.foodydelight.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Pranjali , ok i will visit your blog :)

      Delete
  5. salam..akk nk tnye cream tu yg mane satu ek? tkt tersalh beli..tringin nk buat hehe

    ReplyDelete