Pages

Friday 27 January 2012

CUCUR TERUNG dgn JAGUNG

Selamat pagi Jumaat..

Pagi ni jom kita makan cucur jagung campur terung n udang kering ni , alhamdulillah sedap . Saya masukkan sekali jagung ke dalam adunan cucur ni dan saya guna udang kering sebagai rencah tambahan , kalau nak tambah udang segar pun ok juga bertambah sedap la cucur ni..

Selamat pagi jemput minum teh dan makan cucur terung ni.... 

Pagi ni untuk sarapan saya guna set teko serta cawan dengan piring antik jenama Meakin Sunshine yang berusia 50 tahun . Cantik menawan kan corak serta bentuk teko dan cawan antik ni , teh yang di isi dalam cawan antik ni pun terasa lagi sedap la pulak hehehe . Saya memang peminat tegar set pinggan mangkuk teko cawan antik tak kira buatan dari England atau pun dari China serta Jepun . Selain dari nilai sentimental nostalgia lama , porcelian lama ni ada nilai estetika yang sangat tinggi . Sudah 4 tahun saya mengumpul pelbagai porcelian antik dan saya memang cukup terpesona dengan kecantikkan serta keunikkan porcelian lama ni..makin lama dibelek dan dipandang semakin sayang...isyallah akan saya simpan pinggan mangkuk lama ni serta menjadi warisan untuk saya beri pada anak-anak bila sampai masanya insyallah....


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
2 batang jagung
1 biji terung panjang
1 genggam udang kering -boleh tambah
1 biji bawang besar
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas

CARA MEMASAK :

- Rendam udang kering sampai kembang dan tumbuk lumat . Potong jagung dan potong terung kecil-kecil ketepikan dulu . Potong bawang besar dan campurkan bersama bahan tumbuk serta digaul rata kemudian  masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan jagung , terung , telur , udang kering dan digaul rata semua bahan-bahan ni , pasti adunan jangan terlalu cair . Rasa adunan ni kalau jika kurang masin boleh la di tambah garam lagi .

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Saya suka guna banyak jagung...baru la sedap makan cucur ni..

8 comments:

  1. Menarik ni ...resepi lain dari yang lain..leh dicuba gak nanti...:)

    ReplyDelete
  2. cantik nye tea set tu...
    selalunya ucu bubuh udang n jagung jer ..tp tengok resipi ni, lain kali boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la ucu insyallah sedap , tea set antik tu mmg cantikkan , saya memang kumpul tea set antik

      Delete
  3. salam akak..
    akak, org baut cucur jagung letak garam x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalam , perlu letak tapi ikut pada selera adik ya

      Delete
  4. Terima kasih add mama sebagai kawan ..cantik tea set tu...mama selalu buat cucuq jagung tapi tk pernah bubuh terung..bleh lah mama try nanti..

    ReplyDelete
  5. sama2 Mama Ann , dah terima kasih juga sebab akak sudi singgah blog saya ni . try la akak insyallah sedap cucur terung ni

    ReplyDelete