Pages

Thursday 27 November 2014

Tumis sos cili sotong

Alhamdulillah ^_^



BAHAN-BAHAN:

700 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu besar sos cili - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram
 air asam jawa secukupnya - jika perlu
sos ikan nampla secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia . 

- Semua sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil , bersihkan semua bawang dan halia kemudian diracik nipis . Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg diracik tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dengan cili sos , sos tiram , sos nampla , sedikit air asam jawa dan kacau semua bahan . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Wednesday 26 November 2014

Dari laman terus ke dapur - masak lemak pucuk manis

Memang sangat senang tanam pokok pucuk manis , saya hanya cucuk batang/dahan tua sayur pucuk manis yang saya beli dan alhamdulillah lepas seminggu dahan tua tu dah mula bertunas kemudian cepat membesar menjadi pucuk dan sekarang ni dah menjadi pokok yang cukup sihat merimbun . Pertama kali saya petik pucuk manis ni pada bulan lepas dan sekejap saja pucuk baru tumbuh sebab sekarang ni musim hujan , syukur alhamdulillah .

                 
Adlina tolong posing pegang pucuk manis yang Mama kutip . Macam ni baru boleh dipanggil pucuk manis sebab memang bahagian pucuk yang muda dipetik . Sedap la sayur pucuk manis ni bila dimasak , syukur alhamdulillah .


Pokok pucuk manis yang saya tanam dari keratan batang tua , alhamdulillah senang hidup dan cukup merimbun , setakat ni saya dah 2 kali kutip pucuk manis ni ^_^

Alhamdulillah , semalam saya cucuk beberapa dahan tua pucuk manis , semoga ada di antara dahan itu yang akan tumbuh , amin .


MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS 

Alhamdulillah , secukup rasa untuk kami sekeluarga makan .

BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk manis
500 grm ubi keledek
900 ml santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis


CARA MEMASAK :

Ambil semua pucuk daun pucuk manis dan dibersihkan kemudian ditos . Kupas semua kulit bawang dan diracik halus kemudian dibasuh ikan bilis . Kupas semua kulit ubi keledek dan dibersihkan kemudian di potong setebal 1.5 inci .
Masukkan santan , ubi keledek , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi keledek sudah lembut , boleh lah di masukkan semua pucuk manis  dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak . Bila pucuk manis dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday 25 November 2014

TUMIS HALIA UDANG

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

700 grm udang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil plum sos
1 sudu kecil nampla
minyak masak secukupnya

Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri . Jika tak ada sos plum boleh diganti dgn sedikit jus limau nipis atau air asam jawa .

CARA MEMASAK :

Udang dibersih dan dibuang kepala serta ekor kemudian digaul dgn sedikit garam . Panaskan dalam 1 cawan minyak dan goreng udang separuh masak , udang diangkat dan tos dahulu . Bawang dan halia dibersihkan serta diracik kecil  .

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang serta halia tadi . Masukkan semua sos tiram , plum sos dan semua udang kemudian dikacau rata semua bahan . Jika kurang masin baru la ditambah sedikit garam . Boleh ditambah bahan mengikut selera sendiri .Tutup api dapur dan terus hidangkan .


Salmon sos cream

Saya google dan dapat resepi grill ikan salmon ini , alhamdulillah memang sedap ^_^


BAHAN-BAHAN GRILL SALMON :

4 keping isi ikan salmon
4 keping hirisan buah lemon
1 sudu kecil serbuk herba rosemary
1 sudu kecil serbuk herba thyme
butter secukupnya
serbuk lada hitam dan garam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan ikan salmon kemudian digaul dengan serbuk lada hitam , serbuk thyme , serbuk rosemary dan garam secukupnya . Sediakan kepingan aluminum foil yang cukup untuk diletak 2 keping fillet ikan salmon . Susun dahulu 2 keping hirisan lemon kemudian diletakkan 2 fillet ikan salmon atas hirisan lemon itu dan letak 1/2 sudu kecil butter atas setiap kepingan salmon , lipat aluminium foil dan kelim/lipat hujung alumium foil ni . Buat proses yang sama pada semua fillet ikan salmon.

Masukkan bungkusan alumium foil yang berisi ikan salmon ke dalam grill pan serta tutup grill pan . Masak ikan salmon selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak , gunakan api sederhana atau kecil semasa proses masak , pastikan isi ikan tidak terlebih masak dan menjadi kering . Boleh dibelah sedikit bahagian atas bungkusan alumium foil untuk melihat sama ada ikan sudah masak atau belum . Bila ikan masak boleh ditutup api dapur dan hidangkan ikan salmon bersama sos cream.


SOS CREAM


BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaiton
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
250 ml thinkened cream
50 ml cooking cream
1 sudu besar daun herba mint yg sudah dicincang
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

1) Panas kan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan bawang putih serta bawang merah yg sudah diracik kecil , kacau semua bahan sampai bawang menjadi layu . Masukkan semua thickened cream bersama cooking cream , serbuk lada hitam serta garam secukup rasa. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sos mendidih dan boleh la ditutup api. Masukkan semua sos dalam blender dengan herba mint yang sudah diracik halus dan kisar sampai sebati . Masukkan semula sos dalam periuk dan masak selama 2-3 minit , kacau dan boleh ditutup api dapur . Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .


TUMIS SAYUR ZUCCHINI


BAHAN-BAHAN :

1 batang zucchini hijau
1 batang zucchini kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk herba basil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan zucchini dan dipotong memanjang nipis , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan dibasuh kemudian diracik kecil .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sampai wangi dan layu kemudian masukkan semua sayur zucchini dan kacau semua bahan . Bila sayur zucchini dah layu boleh la dimasukkan herba basil dan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Friday 21 November 2014

Menu sihat : Steam boat

Syukur Alhamdulillah , menu sihat yang ringkas dan cukup sedap . Bahan-bahan untuk steam boat ni ada macam-macam jenis so ikut pada selera kita lah nak beli fish ball , chicken ball atau apa saja jenis ladu dan juga sayur-sayuran yang kita suka sementara untuk sos saya beli sos Thai dan sos bawang putih . 


BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :

1 rangka ayam 
300 grm bahagian isi ayam 
2.5 liter air 
2 inci halia
4 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit daun sup dan daun bawang

CARA MASAK :

Bersihkan rangka ayam dan dipotong kemudian bersih bahagian isi peha ayam atau bahagian isi dada dan dipotong kecil . Boleh tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Boleh juga ditambah kiub stok ayam .

Kupas kulit halia dan semua bawang kemudian dititik dan diracik kecil . Panas kan 2 sudu besar minyak sayur dan ditumis semua bawang dan halia tadi , kacau dan biar sampai bawang/halia menjadi layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua air dengan rangka ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan . Masukkan juga isi bahagian ayam kemudian kacau semua bahan dan biar sampai sup mendidih , boleh dimasukkan garam dan lada sulah secukup rasa , racik kecil daun sup dan daun bawang kemudian masukkan dalam sup tadi dan kacau , bila sup dah masak boleh di tutup api dapur.

Bila nak makan baru dimasukkan sup dalam periuk steam boat dan dibiarkan sampai mendidih sebelum boleh dimasuk bahan-bahan lain seperti chicken ball , sayur dan lain-lain lagi .

Periuk eletrik serba guna .


Pelbagai pilihan ikut selera kami sekeluarga.



Yee mee dan mee wonton .

Thursday 20 November 2014

Cuti hujung minggu di Cameron Higland

Baru-baru ni saya dan anak-anak mengikut DH yang berkursus dan ada sambutan famili day office suami di Cameron Highland . Tak ramai pengunjung sebab masa kami pergi tu di pekan Ringlet di landa banjir besar . Cuaca di Cameron pun dah tak sejuk sangat dan semakin luas tanah serta lereng bukit yang di terokai untuk pertanian dan pembinaan bangunan . Masa dalam perjalanan naik ke Cameron dari Simpang Pulai pun ada 3 tebing runtuh tapi sebab masa kami naik tu waktu hampir gelap nak malam jadi pemandangan kurang jelas tapi bila masa balik turun baru la kami nampak betapa besarnya kawasan tanah tebing yang runtuh tu . Gerun saya tengok keadaan tebing yang runtuh tu . Jalan 2 laluan sudah jadi satu laluan kerana tebing runtuh . Kami kena tunggu giliran untuk melalui jalan , masa waktu tunggu tu memang saya sangat takut dan saya berdoa jangan la terjadi kejadian yang tak baik , syukur alhamdulillah kami selamat turun . Rasa nya kalau tak ada hal mustahak kami tak akan naik ke Cameron Highland sebab saya dan suami bimbang tengok keadaan jalan dengan tanah runtuh di tebing yang curam beratus meter tu . 

Macam biasa kalau dah jalan-jalan saya akan ambil banyak gambar untuk kenangan , bila ke Cameron kami mesti singgah deretan gerai di Kea farm yang banyak jual sayur-sayuran , buah-buahan , seronok kat situ sebab saya sangat suka tengok sayur-sayuran yang segar . Kami juga jalan-jalan di sekitar Tanah Rata , ladang teh dan Ringlet . Alhamdulillah untuk percutian 3 hari 2 malam kami ni .

Hujan turun agak lebat pada malam kami sampai ke Cameron , hujan sampai ke pagi so pada hari pertama kami di Cameron Highland cuaca sejuk sampai ke tengahari . Dalam gambar ni kami di Mardi , bila di Cameron kami pasti ke Mardi ^_^


My precious

Best tengok deretan sayur kobis ^_^


Tempat wajib di kunjungi bila di Cameron iaitu gerai jual sayur di Kea Farm .


Tak ramai pengunjung di Cameron Highland.


Suka la tengok deretan bunga kobis warna ungu dan yg biasa ni .


Suka suka suka ^_^


Cantiknya sayur-sayuran yang dijual , geram saya tengok dan kalau ikut hati semuanya saya nak beli hehe ^_^


Selonggok RM10 ^_^


Pokok unik ni buahnya macam belon , cantik .


Bunga matahari yang dah matang , biji benih dah hitam .


Suka suka suka ^_^


Kami di Mardi masa ni.


Banyak gambar sayur saja la entry saya kali ni ^_^


Sukanya saya bila ke Kea Farm ni , suka tengok macam-macam jenis sayur , ubi dan buah-buahan yang dijual segar ^_^

So fresh kalau dapat beli terus masak mesti lagi best ^_^


Sangat cantik pemandangan di ladang teh Bharat ni , sayup mata memandangan . Berangin saja kat sini angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup nyaman  ^_^


DH dengan anak-anak ^_^


Di ladang teh Bharat , bila di Cameron memang kami mesti singgah sini untuk minum teh dan melihat pemandangan yang luas dan sangat cantik ni .

Kali pertama saya jejak kaki di Cameron Highland adalah pada tahun 1986 ketika berumur 14 tahun , masa tu cuacanya sungguh sejuk . Saya ke sana bersama famili arwah kak Anis , seronoknya saya dapat jalan-jalan ke Cameron Highland masa tu sebab suasananya yang cukup tenang . Kemudian kali kedua saya ke sana pada tahun 1988 bersama keluarga arwah kak Anis dan k Amy , kami duduk beberapa hari di Strawberry Park . Seronoknya masa tu bila dapat bercuti bersama famili untuk beberapa hari di Cameron sebab suasana di sana yang sangat tenang dan mendamai kan . Pada tahun 2011 baru saya dapat ke Cameron bersama keluarga sendiri . Kami nak dari Kota Baharu hendak balik ke Puchong jadi suami ikut jalan Gua Musang naik ke Cameron dan bila sampai saja di simpang Brinchang saya terus terkejut tengok kawasan pertanian yang terlalu luas di kawasan itu dan sepanjang perjalanan nak ke pekan Tanah Rata . Habis tanah tebing di tarah jadi kebun sayur bermakna banyak la pokok-pokok di tebang dan hutan diterokai , sedihnya . Pada tahun 2012 kami pergi lagi ke Cameron Higland dan kami balik melalui Ringlet terus ke Tapah . Masa lalu di kawasan Ringlet saya tengok kolam besar yang dulunya air dalam kolam tu cukup hijau kebiruan tapi dah bertukar menjadi coklat bermakna air dalam kolam tu dah penuh dengan tanah merah yang dibawa oleh hujan dari kawasan bukit berhampiran yang sudah digondolkan , kawasan di Ringlet penuh dengan kebun sayur . Tahun sudah terjadinya banjir sampai ada yang terkorban dan baru-baru ni pun banjir lagi serta ada yang lagi orang yang terkorban . 2 minggu sudah kami ke Cameron dengan perasaan yang sedih kerana kejadian banjir di Ringlet . Apa nak jadi pada masa depan Cameron Highland :(

25 tahun dulu masa saya muda remaja kalau di sebut Cameron Highland pasti terbayang kehijauan flora dan fauna serta suasana damai sejuk tapi sekarang ni di sebab kan pembangunan yang terlalu banyak sikit demi sikit dah hilang bukit-bukau hijau di Cameron Highland , sedih la saya tengok . Apa akan jadi pada Cameron Highland jika keadaan pembangunan macam sekarang ni di terus kan , habis kawasan hutan di gondolkan , hutan diterokai kemudian ditarah bukit menjadi lereng untuk penanaman sayur dan juga untuk pembinaan bangunan . Tapi masih belum terlambat jika pihak berwajib cepat bertindak dan hentikan terus penerokaan hutan . Doa saya semoga keadaan Cameron Highland akan dapat dipulihkan , masih belum terlambat bagi pihak berwajib bertindak untuk memulihara hutan dan persekitaran di puncak bukit itu , kembalikan Cameron Highland yang indah , damai dan tenang itu .

Milkshake buah strawberry

Alhamdulillah sedap sungguh strawberry milkshake ni yummy..


BAHAN-BAHAN :

230 grm buah strawberry
400 ml susu full cream
100 ml plain yogurt
1/2 cawan air panas
7 sudu besar gula
2 sudu besar madu


CARA PENYEDIAAN :

Masukkan semua gula dalam air panas dan dikacau sehingga larut kemudian ketepikan dulu . Potong semua buah strawberry menjadi kecil kemudian masukkan dalam blender bersama susu , blend sehingga buah straberry hancur. Masukkan madu , semua yogurt dan air gula tadi kedalam blender dan blend sampai semua bahan cukup sebati .

Rasa strawberry milkshake ni jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan yang diperlu kan . Tuang semua strawberry milkshake dalam jug dan boleh diminum atau nak simpan strawberry milkshake dalam peti sejuk dahulu supaya menjadi sejuk dan diminum kemudian .


Semua bahan dikisar sampai sebati dalam blender .

Wednesday 19 November 2014

Goreng pasta campur zucchini dan tomato ceri

Alhamdulillah secukup rasa untuk kami sekeluarga nikmati..


BAHAN-BAHAN :

500 grm pasta spirral
2 biji bawang merah - diracik kecil
3 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil
200 grm zucchini
25 biji tomato ceri madu
1 peket meatloaf ayam
1 peket sosej
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar butter
serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Keju parmesan - ditabur atas pasta bila nak makan

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan di racik kecil . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan , semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam . Sayur zucchini dipotong memanjang dan semua buah tomato dipotong dua .

Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan meatloaf ayam yang sudah dipotong kecil dengan sosej yang dipotong kecil dan kacau sehingga semua bahan masak . Masukkan semua sayur zucchini dan kacau dalam 3 minit dan masukkan pula buah tomato , kacau semua bahan sampai buah tomato layu .

Masukkan semua pasta bersama serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Masa tengah kacau pasta tu curah satu sudu besar minyak zaitun atas pasta dalam kuali tu dan kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

Sayur zucchini


Tomato cherry


Meatloaf ayam .

Saturday 15 November 2014

Tumis asparagus sos cream

Ini la cara masak sayur asparagus yang menjadi kegemaran kami sekeluarga especially anak-anak . Resepi sayur asparagus ni saya dapat dari internet dan saya sudah ubah suai mengikut citarasa kami sekeluarga .  Sayur asparagus ni sangat sedap bila diganding kan dengan sos cream dan kepingan ayam meatloaf . Boleh juga di guna daging atau isi ayam untuk mengantikan kepingan meatloaf . Sayur asparagus hanya perlu dimasak sekejap saja supaya kekal ranggup jika terlebih masak akan menyebabkan sayur asparagus menjadi lembik dan dah tak sedap dimakan . Menu ni sesuai dimakan bersama ayam panggang atau daging panggang atau dengan pasta . Masa nak makan boleh juga diperah sedikit jus lemon ke atas sayur asparagus ni .


BAHAN-BAHAN :

40 batang asparagus
5 keping meatloaf ayam 
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit air masak

SOS KEJU :

2 ulas bawang putih
1/2 cawan cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
lada hitam secukup rasa

Kuantiti bahan boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

Bersihkan semua asparagus , dipatah buang bahagian bawah yang keras dan ambil bahagian batang yang lembut . Bersih sedikit daun sup dan daun bawang kemudian diracik nipis dan ketepikan dulu 

Kupas kulit semua bawang putih dan di cincang kecil . Panas kan 1 sudu besar butter bersama 1 sudu besar minyak zaitun dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan . Masukkan semua daun sup dan daun bawang yang diracik tadi dan kacau semua bahan sampai daun sup/bawang menjadi layu . Terus masukkan semua meatloaf yang dipotong kecil tadi , boleh ditambah minyak zaitun jika frying pan kelihatan agak kering . Goreng meatloaf sampai masak agak garing .

Masukkan semua sayur asparagus dan balik-balik kan sayur asparagus dengan kepingan meatloaf tadi , masukkan sedikit air dan garam/serbuk lada hitam secukupnya kacau semua bahan dan tutup frying pan dengan penutup , perlahan kan api dapur api dapur . Selepas 20-30 saat buka penutup frying pan dan terus tuang cream dan perlahan-lahan kacau semua bahan , rasa sos jika kurang masin baru tambahkan garam . Bila sos dah mendidih cepat tutup api dapur dan terus hidangkan sayur asparagus ni . Boleh ditambah air atau cream mengikut citarasa sendiri .

Cara masak sayur asparagus ni adalah sangat pantas untuk memastikan sayur asparagus kekal ranggup . Proses masak sekitar 2-3 minit saja , paling penting saat akhir selepas asparagus dimasukkan dalam frying pan dan semasa cream dituang , kita perlu pantas mengadun bahan dan tahu bila asparagus sudah masak .

Batang asparagus yang saya beli di Cameron Highland , secekak baru RM5 murah laaa . Saya beli 3 cekak untuk kami sekeluarga , alhamdulillah segar dan sedap asparagus ni .


Tangan kiri pegang asparagus pada bahagian tengah dan 2 jari di tangan kanan pegang hujung asparagus kemudian secara perlahan cuba bengkokkan asparagus ni , secara automatik batang asparagus akan melengkung dan patah pada bahagian lembut . 


Bahagian batang bawah yang keras dibuang dan kita ambil bahagian yang lembut , ni adalah cara mudah untuk memilih bahagian asparagus yang boleh dimakan . Tak perlu guna pisau untuk potong batang asparagus . Batang asparagus ni boleh dipatah 2 atau 3 bahagian ikut pada cara kita masak .



Saya guna chicken meatloaf yang halal dan jenama ni senang di jumpai di mana-mana pasaraya di Malaysia . Boleh juga diguna isi ayam atau daging terpulang pada citarasa sendiri .

Friday 14 November 2014

Alhamdulillah , di Mega - Utusan Malaysia

Terima kasih Maria dan Mimi dari Mega , Utusan Malaysia dan terima kasih pada jurufoto Shah . Syukur alhamdulillah sapaan Mimi di instagram telah membawa blog simple saya ni ke ruangan BLOG PILIHAN di Mega , Utusan Malaysia hari Jumaat - 14 November 2014 . Saya abadikan gambar di blog untuk kenangan ^_^


Sarapan pagi ni - nasi goreng

Pagi ni untuk sarapan saya masak nasi goreng pedas bedengung , memang sangat pedas tapi sodap ^_^ . 


BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
2 biji telur 
3 sudu besar cili kisar
200 grm sayur sawi putih
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

3 sudu besar udang kering
7 biji cili api
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan udang kering sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang merah + putih . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian di masukkan cili kisar . Kacau semua bahan sampai cili kisar boleh dimasukkan sedikit gula dan terus kacau sampai cili masak serta terbit minyak . Masukkan semua sayur sawi yg dipotong kecil dan kacaus emua bahans ampai sayur masak .

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Boleh rasa nasi jika kurang masin boleh ditambah garam dan serbuk perasa ( jika perlu )

Thursday 13 November 2014

Tumis cili api kacang panjang

Alhamdulillah ^_^


BAHAN-BAHAN :

15 kacang panjang
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih - saiz besar
10 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap bagi lembut
1 biji telur

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili bersama bawang merah+bawang putih , belacan dan udang kering . Bersihkan sayur kacang panjang dan potong menyerong , ketepikan dulu .

-Panaskan 3-4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan sebiji telur dan dikacau semua bahan . Masukkan semua kacang panjang dan kacau , masukkan garam secukupnya dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.
                            

Wednesday 12 November 2014

Masak kukus ikan siakap sos kicap

First time kami makan ikan kukus kicap ni semasa di restoran Haji Sharin Low di Bangi , sedap la . Saya cari beberapa resepi kukus ikan kuah kicap ni di internet dan bila baca resepi baru lah saya tau macam mana nak hilangkan bau hanyir ikan siakap . Saya cuba masak sendiri kukus ikan ni dan alhamdulillah sesedap rasa ikut citarasa kami sekeluarga . Jika ada yang nak cuba masak kukus ikan siakap ni anda boleh ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri . 


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - anggaran 1 kilo
4 biji bawang putih
3 inci halia
daun bawang / sup secukupnya
3-4 sudu minyak sayur
8 biji limau kasturi

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
3 sudu kicap manis kipas udang
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil cuka
serbuk lada sulah secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , isi air di dalam periuk kukus dan masak sampai air mendidih . Sementara tunggu air dalam periuk masak boleh la di bersihkan ikan siakap . Belah 2 semua limau kasturi dan perah air limau ke atas ikan siakap dan bersih bahagian dalam ikan siakap dengan air limau kasturi ni , bilas ikan siakap dengan air biasa dan tos . Kemudian kelar-kelar badan ikan siakap , lumur ikan dengan sedikit garam . Bersihkan halia dan dipotong nipis kemudian masukkan halia ke dalam perut ikan di bahagian badan ikan yang di kelar tadi . Letakkan ikan siakap dalam bekas yang sesuai dan kukus ikan sampai masak .

2) Kupas semua bawang putih dan cicang sampai halus . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang putih sehingga agak garing dan kemudian masukkan semua bahan sos tadi , kacau sampai sos mendidih . Jika sos terlalu masin boleh ditambah sedikit air dan kalau ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut pada citarasa sendiri . Bila sos dah mendidih boleh la ditutup api dapur .
3) Ikan siakap yang dah masak tadi di alih ke pinggan lain dan dibuang semua air ikan yang keluar masa dikukus . Buang semua halia pada ikan kemudian taburkan daun sup/bawang yang sudah dipotong kecil . Curah kan sos kicap pada ikan kukus , panaskan 3-4 sudu minyak sayur dan tuang rata minyak sayur yang panas ni ke atas ikan siakap . Hidangan ikan ni sedap dimakan waktu panas .

Tuesday 11 November 2014

Gulai lemak daging salai campur rebung

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging salai
200 grm rebung
5 cawan santan - boleh tambah atau kurang
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging salai dan di potong kemudian di ketepikan dulu . Bersihkan rebung dan ketepikan dulu . Serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup.


- Masukkan semua santan dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat , serai dan asam keping . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah mendidih dan boleh dimasukkan semua daging salai bersama rebung . Kacau semua bahan dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , bila daging dan rebung sudah masak serta sebati dengan kuah boleh la di tutup api dapur .

Tuesday 4 November 2014

Kenangan di Johor Baharu

A short trip to Johor Baharu so banyak juga tempat menarik yang saya tak dapat pergi semasa di Johor Baharu tapi saya sempat pergi ke beberapa gerai dan restoran untuk merasa/makan tradisional Johor , alhamdulillah memang sedap semua makanan yang kami makan . Saya share beberapa gambar makanan yang kami makan masa di Johor Baharu ^_^

Sempat saya snap gambar papan tanda ni dari dalam kereta sebab nampak exit ke Sedenak terus teringat kat Mat Gebu ^_^


Kami singgah di RR Pagoh dan saya makan mee rebus jawa yang sedap ni yum yum alhamdulillah .


Kami sampai Johor Baharu sekitar pukul 4 petang dan terus check-in di hotel . Cuaca cerah pada petang kami sampai tu so kami dapat tengok pemandangan sekitar bandaraya Johor Baharu dengan jelas .


Pada malamnya kami ke gerai Kacang Pool Haji yang terletak berdekatan dengan balai Bomba Larkin , agak senang nak cari gerai ni sebab dekat dengan hotel kami duduk . Saya memang teringin sangat nak rasa kacang pool Haji ni . 

Ni la kacang pool Haji , original kacang pool . Alhamdulillah rasanya sedap .


Masa di gerai kacang Haji Pool tu saya makan pepes ikan tenggiri ni , mula-mula saya makan satu bungkus pepes lepas tu ulang makan lagi satu dan akhirnya saya yang makan semua pepes dalam pinggan ni sebab rasanya yang sangat sedap ^_^  .


Sedappp laaa pepes ikan tengiri ni , original pepes Johor .


Kami makan tengahari di sini , terbaek laa murtabak di kampung Melayu Majidee ni .


Besar saiz murtabak ni dan rasanya sangat sedap , isi penuh dengan daging memang puas hati dapat makan murtabak Kampung Melayu Majidee ni , alhamdulillah .


Pada hari ketiga kami singgah makan tengahari di restoran Nasi Padang Bawah Pokok kat Kampung Majidee ni . Kalau ikut pada nama restoran ni dulu mesti bawah pokok tapi sekarang pokok tu dah tak ada mungkin sudah di tebang sebab dari apa yang saya lihat restoran ni macam restoran baru . Masuk je restoran ni mata saya terus terpaku tengok lauk-pauk yang pelbagai jenis dan baru dimasak , aroma bau lauk-pauk ni cukup menyelera kan ^_^ 


Masih ku ingat keharuman bau lauk-pauk dalam gambar ni hmmmmmm sedapanyaaaa , alhamdulillah . Masa kami singgah baru pukul 12 tengahari tapi dalam restoran ini dah ramai pelanggan , saya rasa restoran ni memang jadi pilihan penduduk Johor Baharu untuk makan tengahari . Kami 5 beranak makan nasi dengan macam-macam lauk-pauk dengan air minum yang pelbagai . So masa nak bayar tu saya jangka total harga semua sekitar RM50 tapi bila tengok bil hanya RM36 , murahnyaa . Masa beredar keluar dari restoran ni saya doa semoga Tuan dan Puan owner restoran ini di murah kan rezeki dan bisnis mereka akan terus maju . Doa dari seorang pelanggan yang sangat berpuas hati dengan makanan , minuman dan layanan semasa di restoran ni . Kalau ada rezeki saya nak pergi lagi ke restoran Nasi Padang Bawah Pokok ni , insyallah .


                            
Lauk-pauk pilihan saya , semuanya sangat-sangat sedap , alhamdulillah . Sebenarnya saya rambang mata masa nak pilih lauk sebab semua lauk cukup mengoda pandangan mata dan mengoda aroma saya ni .  Lepas belek punya belek saya buat keputusan nak makan nasi dengan tumis kacang panjang , sambal terung , daging tu saya lupa jenis masakannya tapi sangat sedap dan sambal cili yang mabeles hmmm nasi pulak panas memang cukup berselera saya makan , syukur alhamdulillah . Gambar ni menjadi memori dan kalau ada peluang saya nak pegi lagi ke restoran ni .


                            
Ini pula nasi dan lauk pilihan Encik Suami , sedap tu ! saya makan sikit sambal hati ayam tu hmmm sedap laa . Suami saya pun rambang mata nak pilih lauk kat restoran tu ^_^ . Gendang-gendung tali kecapi , kenyang perut senang hati . Senyum saja suami ku masa melangkah keluar dari restoran ni , mana tak senyum sebab makan macam-macam tapi harga total murah , syukur alhamdulillah . 


Kami singgah Johor Premium Outlet . Sekadar jalan-jalan dan berhenti untuk minum saja . Saya dan famili tak beli apa pun hanya window shopping saja . Cantik tempat ni ^_^ 

Masih banyak tempat menarik di Johor yang saya dan famili teringin nak pegi insyallah kalau ada peluang pasti kami akan berkunjung ke negeri Johor lagi .