Pages

Monday 28 October 2013

Masak lemak pucuk peria ikan sardin tin

Menu ikan sardin tin campur pucuk peria kambas ni mak mertua saya yang masak masa raya haji yang lepas . Menu istimewa untuk makan tengahari masa raya Haji yang lepas , riuh rendah rumah mertua saya sebab raya Haji kali ni ramai adik beradik suami saya balik kampung termasuk la kami sekeluarga .Selalunya ikan sardin tin mak mertua saya buat sambal tumis tapi kali ni mak mertua saya masak lemak kuning campur dengan daun peria kambas . Alhamdulillah sangat-sangats edap ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 tin besar ikan sardin 
4 santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
3 cm kunyit hidup
8 biji cili api
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping - saiz kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :


Bersihkan daun peria kambas , tumbuk sampai kumat cili api dengan kunyit hidup kemudian titik serai . . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua pucuk daun peria dan garam serta asam keping .  Jika kuah dah cukup masam tak perlu ditambah asam keping . Masukkan semua isi ikan sardin tin dan 1-2 sudu kuah sardin tin ni . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah mendidih dan pucuk peria dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sunday 27 October 2013

Nasi tomato


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
3/4 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
3 sudu besar tomato puree - boleh ditambah 1 sudu lagi
2 biji buah tomato masak ranum - dipotong kecil-kecil
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Bersihkan beras basmathi dan rendam beras selama 30 minit . Bila cukup 30 minit beras ni di tos serta di ketepi kan dahulu . Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus kemudian buah tomato dipotong kecil-kecil .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan semua bawang menjadi layu kekuningan kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan tomato puree.

Kemudian masukkan semua air , susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

Thursday 24 October 2013

Rendang ayam daun puding

Alhamdulillah sedap.


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam tua
1/2 kilo pati santan
 santan cair secukupnya
7 batang serai- dititik
1 helai daun kunyit - diracik
3 sudu besar kerisi
1-2 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
15 biji cili api
2 inci kunyit hidup

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan daun puding dan ambil daun yang muda sahaja . Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali . Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai daun kunyit , asam keping , ayam dan santan cair secukupnya sehingga menutupi ayam dalam kuali . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam masih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam lembut .
2) Seterusnya masukkan santan pekat , garam , kerisik , daun puding dan terus kacau . Biar kuah mendidih dan daun puding masak serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Daun puding

Tuesday 22 October 2013

Ayam goreng berempah


BAHAN-BAHAN :

 1 ekor ayam yang besar - dipotong 12 bahagian
 1 peket rempah kari daging
 2 inci halia
4 batang serai
1 biji bawang besar - saiz besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2-3 tangkai daun kari
minyak masak secukupnya utk deep frying

* tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

- Ayam dipotong 12 bahagian dan dibersihkan , tos ketepikan dulu . Kisar semua halia , bawang merah , serai dan bawang putih . Kemudian kisar pula jintan putih , biji ketumbar dan jintan manis . Masukkan semua bahan - bahan kisar bersama garam secukupnya dan semua daun kari ke dalam bekas berisi ayam tadi , semua bahan digaul rata dan perap selama 2-3 jam .

Panaskan minyak yang secukupnya dan goreng semua ayam sampai masak . Bila dah masak boleh diangkat dan tos ayam . Ayam ni boleh dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , nasi minyak , nasi tomato , nasi briyani dan lain-lain jenis nasi lagi . 

Ayam yang dah digaul dgn semua bahan perapan .

Monday 21 October 2013

Kek keju topping sos apple

alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

250gm cream cheese Philadelphia
200ml cream jenama Anchor atau Emborg
90grm gula kastor
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus lemon
sos apple untuk topping

BAHAN UTK BASE :

180grm biskut digestive
90grm mentega - dicairkan

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C selama 5-10 minit . Hancurkan sehingga lumat semua biskut dan digaul bersama dengan semua butter kemudian masukkan biskut ni ke dalam loyang kek dan ditekan  sampai padat untuk menjadi base kek keju ni . Ketepikan dulu .

-Putar semua cream cheese dengan gula sehingga kembang dan ketepikan dulu anggaran dalam 3 minit . Putarkan cream sehingga menjadi pekat , pastikan anda jangan terlebih putar kerana cream akan jadi butter . Pukul pula semua telur sehingga mesra anggaran dalam 1 minit saja .

-Satukan cream cheese , cream , telur , 3 sudu tepung gandum dan lemon jus dalam satu bekas dan putar/pukul adunan ni sehingga semua cukup sebati dan mesra anggaran dalam 3 minit .

-Masukkan semua bancuhan kek ni ke dalam loyang kek tadi dan goyang-goyangkan loyang supaya adunan kek menjadi padat . Bakar kek selama 40 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Selepas 30 minit boleh la ditutup pemukaan loyang kek dengan aluminium foil supaya kek tidak hangus dan terus proses membakar . Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek . Keluarkan kek dan biar sejuk kemudian simpan kek selama  1 malam dalam fridge/peti sejuk sebelum dihidangkan .

Sunday 20 October 2013

Pagi Ahad sarapan di taman

Pagi Ahad kami sekeluarga bersarapan di taman , cuaca pun elok saja pagi ni redup nyaman . Tak ada menu special saya hanya masak nasi goreng ikan bilis bersama teh o , bismillah jemput makan....


BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur
3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
10 kacang panjang
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 genggam ikan bilis - boleh tambah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram dan sayur kacang panjang yang sudah dipotong kecil .Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

Nasi goreng ikan bilis

Wednesday 16 October 2013

Cup cake cokolat

Saya buat cupcake coklat ni untuk Aidiladha , alhamdulillah .

Yum yum alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan mentega 
1 sudu besar serbuk koko
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu full cream milk-kotak

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur ke dalam adunan dan dipukul sebati  sampai kembang . Masukkan esen vanila dan susu dan digaul rata . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Pukul adunan ni selama 2 minit sehingga adunan sebati .

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan bakar kek selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan . 


Begini rupa cup cake coklat tanpa topping ^_^

Saturday 12 October 2013

Pepahat tumis pedas manis


BAHAN-BAHAN :

1  peket pepahat anggaran dalam 1.5kg - dibersihkan
2  ulas bawang putih
3  biji bawang merah
1 inci halia
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan nampla
3 sudu besar sos plum
Kicap manis secukup rasa
Air masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa - jika perlu

CARA MEMASAK :

Rendam sekejap pepahat dalam 30 minit kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu . 2-3 kali rendam untuk buang pasir yang ada pada pepahat ni . tos dan ketepikan .  Semua bawang merah , bawang putih dan halia dikisar .  
              
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang dikisar tadi serta dikacau . Bila dah wangi masukkan cili kisar dan kacau serta bairkan sampai cili masak terbit minyak . Masukkan semua cili sos , sos nampla , sos tiram dan dikacau rata . Kemudian boleh la dimasukkan semua pepahat dengan kicap secukup rasa . Gaul semua bahan dan masukkan sedikit air supaya ada kuah sikit . Bila pepahat dah masak boleh dirasa kuah jika ada yang kurang boleh ditambah bahan ikut citarasa sendiri . Bila semua dah sedap boleh la ditutup api dapur dan boleh dihidang pepahat ni .

Pepahat fresh dari pantai Morib .

Wednesday 9 October 2013

Sedapnya sayur brokoli

Yum..yum alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

500 gm sayur brokoli 
1 ulas putih
1 biji bawang merah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
2 sudu besar kicap cair - blh tambah
1 sudu besar kicap manis
sos ikan nampla secukup rasa
1 sudu kecil minyak bijan
air masak/kosong secukupnya

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur brokoli dan dipotong kecil , ketepikan dulu . Bersihkan semua bawang dan  ditumbuk lumat . 

2) Saya masak sayur ni dengan teknik stir-fry iaitu kuali dan minyak betul-betul panas so sayur ni dimasak dengan sangat cepatd alam 5-8 minit saja . Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sayur brokoli , sos tiram  , kicap cair dan kicap pekat  . Jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Masukkan minyak bijan dan sos nampla secukup rasa . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Tuesday 8 October 2013

Ikan tenggiri tumis kicap...

Hitam hitam si tampuk manggis ,
Walaupun hitam dipandang manis..

Masak kicap ni rupanya memang la macam tak menarikkan tapi hanya yang rasa tau sedap ke atau tak sedap ikan tenggiri tumis kicap ni . Resepi simple dari dapur nannie untuk hari ni . Bahan utama lauk ni ialah kicap manis Kipas Udang dan bawang besar . Simple tapi sedap 'SS' ^_^


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri kecil - anggaran 1 kilo
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji bawang besar
kicap manis 'Kipas udang' - secukupnya
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam -boleh ditambah
Minyak masak secukupnya

* Sya guna minyak yang agak banyak utk menumis

CARA MEMASAK:


1) Bersihkan ikan potong menjadi kepingan kecil dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga agak garing dan angkat toskan ketepikan dulu.

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam . Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi . Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan semua ikan tenggiri yg sudah digoreng , kicap , sos tiram dan kacau semua bahan ni . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri .

Monday 7 October 2013

Ketam masak lemak kuning

Ketam ni dimasak cara yang paling simple tapi yang paling sedap ikut citarasa kami sekeluarga la . Ketam ni saya beli dari Pantai Morib so memang segar dan harganya cukup murah sekilo RM15 . Sekarang ni musim ketam bertelur so isinya banyak dan sangat-sangat manis , alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :

2 kilo ketam 
santan - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping . Banyak mana nak guna santan ? pastikan kuah/santan dapat menutupi semua ketam semasa dalam periuk

CARA MEMASAK :


Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua bawang dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Pastikan santan menutupi ketam dalam periuk . Masukkan semua ketam , asam keping dan garam . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam ni akan bertukar warna .

Sup cendawan & roti bakar

Sarapan pagi Isnin , alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:

400grm cendawan butang Swiss brown
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 cawan air 
250 ml cream masakan
2 sudu besar butter
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Boleh juga diguna white button mushroom . Boleh jga diletak sedikit kiub ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut . Masukkan sedikit demi sedikit air dan biar sampai mendidih . Bila cendawan dah masak layu boleh ditutup api dapur . Masukkan semua cendawan bersama air sup dan kisar cendawan ni sehingga hancur .

-. Masukkan balik sup cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream maskan dan kacau semua bahan bagi sebati . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa . Jika sup sedikit cair boleh ditambah lagi cream masakan atau jika sup terlalu pekat tambah sedikit susu segar dlm kotak .

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Thursday 3 October 2013

Masak rebus ikan bawal emas


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1/2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
3cm halia muda
4 biji buah tomato
1 batang serai
air asam jawa secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

* boleh tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri 

CARA MEMASAK :


Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian kupas semua kulit bawang , halia dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang serta halia sehingga wangi kemudian masukkan serai yg sudah dititik . Masukkan sos tiram , minyak bijan dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan masukkan buah tomato yg dipotong 4 . Biarkan kuah mendidih dan boleh la dimasukkan ikan bawal emas tadi serta kacau . Masukkan air asam jawa secukup rasa atau 1 asam keping dan kacau semua bahan serta ditutup periuk .

Bila ikan masak serta kuah mendidih boleh la dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday 1 October 2013

Kari ikan gerut

Dah lama tak masak kari , sedapnya kari ikan gerut ni alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:


1 ekor ikan gerut - anggaran berat 1.5 kg 
4 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari-ambil daun saja
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 peket rempah kari ikan - saya guna Baba`s 
4-5 cawan santan - boleh tambah
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK:
-Bersihkan ikan gerut dan dipotong 3 dan ketepikan dulu . kupas semua bawang serta racik nipis-nipis .

- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari , kacau semua bahan sampai bawang layu . Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau rempah itu dan kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jika kuah terlalu pekat boleh ditambah santan cair . Bila kuah mendidih masukkan semua ikan gerut tadi . Masukkan garam dan air asam jawa secukup rasa .Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri .Bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .