Pages

Sunday 23 June 2013

Sup cendawan & ubi kentang

Yum yum..


BAHAN-BAHAN:

2 peket cendawan tiram
5 biji ubi kentang
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - saiz besar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ubi kentang dan kupas kulit kemudian di potong kecil . Kupas semua kulit bawang dan racik semua bawang tu . Bersihkan ikan bilis ketepikan dulu .

- Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang dan ikan bilis . Kacau semua bahan serta biarkan sampai bahan menjadi wangi , masuk air secukupnya dalam periuk dan biar sampai sup hampir mendidih dan masukkan ubi kentang . Biar ubi kentang masak sampai empuk dan boleh dimasukkan semua cendawan yg sudah di carik menjadi kecil dan garam secukup rasa . Kacau semua bahan ini dan bila cendawan dah amsak boleh ditutup api dapur .

Friday 21 June 2013

Ikan talapia masak sambal

Alhamdulillah sedapnyaa.... 


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan talapia pink - saiz besar
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
Minyak masak secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT/KISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - saiz besar
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan talapia kemudian lumur ikan dgn garam dan serbuk kunyit . Panaskan minyak untuk deep fry ikan , bila minyak dah panas boleh dimasukkan ikan dan goreng sehingga masak dan sedikit garing.

Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis , gula dan garam secukup rasa . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .  

Ikan talang masin

Isi ikan talang masin ni digoreng bersama bawang besar dan cili kering . Saya campur sedikit sos tiram untuk penambah perisa . Cili kering tu boleh dipotong kecil kalau nak ikan masin ni pedas sikit tapi saya potong besar-besar sebab anak-anak pun suka makan ikan masin ni . Bertambah berselera bila makan nasi ada ikan masin ^_^


BAHAN-BAHAN :

300 gm isi ikan talang masin
2 biji bawang besar
8 biji cili kering
1 sudu kecil sos tiram - boleh tambah

CARA MASAK :

Bersihkan isi ikan talang masin ni dan ketepikan dulu . Kupas kulit bawang dan dipotong kecil , bersihkan cili kering dan dipotong . Panaskan minyak secukupnya dan masukkan isi ikan talang masin ni , kacau sampai isi ikan ni masak kemudian masukkan semua bawang besar dan cili kering kacau lagi dan masukkan sos tiram . Kacau semua bahan dan biarkan bawang besar layu dan masak . Boleh ditutup api dapur dan masukkan juadah ni kedalam pinggan yang sesuai .

Thursday 20 June 2013

Tumis air pucuk paku campur cendawan inoki

Sayur untuk hari ni , sedap juga pucuk paku yang dimasak dengan cendawan inoki ni ^_^

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 peket cendawan inoki - buang bahagian bawah akar
1 genggam ikan bilis kecil
2 ulas putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil nampla - sos ikan
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit air 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan pucuk paku dan ambil daun yang muda saja , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu , tumbuk semua bawang putih dengan bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua  ikan bilis kacau sekejap sampai bau wangi kemudian boleh dimasukkan sos tiram  . Masukkan sayur pucuk paku , minyak bijan dan sos nampla serta dikacau semua bahan . Bila sayur pucuk paku separuh masak boleh dimasuk cendawan inoki . Jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Wednesday 19 June 2013

Mee goreng kerang

Asmlkm , lama betul saya tak up-date blog masak saya ni . sejak cuti sekolah blog saya ni terus senyap tanpa berita , terima kasih pada pengunjung yang masih singgah blog saya ni 

Hari ni saya masukkan n3 mee goreng kerang yang saya masak untuk minum petang . Mee ni saya goreng tak pedas sebab anak-anak tak suka makan mee yang pedas tapi jika ada pembaca blog yang nak cuba resepi mee yang simple ni anda boleh ubah suai bahan-bahan ikut selera masing-masing ya ^_^


Bahan-bahannya:

1 bungkus mi kuning
1 cawan kerang 

1 cawan udang kertas saiz kecil
1 peket fish cake - potong kecil
2 biji telur
sedikit sayur kobis - potong kecil
3 sudu besar cili kisar - blh tambah
1 kiub perisa ayam
Kicap manis secukup rasa

sos cili secukup rasa

Bahan tumbuk :

4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara membuatnya:



1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar secukupnya dan biar sampai cili pecah minyak tanda sudah masak.


2. Masukkan udang kertas serta kacau bila udang dah masak masukkan fish cake dan kerang , kacau semua bahan . Masukkan telur dan kacau lagi kemudian masukkan sayur kobis serta terus kacau semua bahan ini .

3. Akhir sekali masukkan mee , kiub perisa ayam yg dihancurkan , kicap secukup rasa , sos cili secukup rasa dan terus kacau semua bahan sehingga mesra , jika kurang masin boleh tambahkan garam . Bila dah masak boleh ditutup api dapur .

4. Hidangkan mee dalam pinggan atau mangkuk yg sesuai dan boleh juga dihiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.