Pages

Friday 30 September 2011

Si baldu merah a.k.a RED VELVET

Merah yang cukup menawan..
Buat diri ku tertawan..
Wahai kek baldu merah yang gebu kembang setaman..

Semalam saya buat 2 adunan kek red velvet ni , satu adunan saya masak jadi cupcakes dan satu adunan lagi saya buat kek ni , yang cupcakenya senang nak dimakan sekali dua kali ngapp masuk mulut dah habis dimakankan hehehe . Tapi saya lagi suka versi kek ni sebab saya boleh letak/sapu cream cheese frosting filling di tengah bahagian kek ni . Tapi dua-dua jenis kek tetap sedap yang dalam paper cup atau yang sebiji kek begini sebab semuanya dari adunan yang sama kan . 

Bila dah masak dan makan kek red velvet ni baru la saya tau betapa sedapnya kek ni patut la kek red velvet ni menjadi sebutan ramai pengemar kek . Sebelum ni saya memang macam curious juga nak tau apa yang membuat kek ni menjadi sebutan ramai pengemar kek dan sekarang saya sudah dapat 'jawapannya' kombinasi cream cheese frosting yang sangat sedapp memang 'ngam' dengan texture kek yang moist/lembab lembut serta manis ishhh sedapnyaaa .

Hmmmm yum yum sedapnya kek ni tengok saja la pada texture kek yang gebusss lembab dan juga cream cheese frosting yang cukup berlemak manis sedikit masam yum yummmmy..makan sepotong tak cukup mesti nak 2 potong . Pada saya kek ni akan jadi lebih sedap kalau dimakan bila sejuk sikit so saya simpan kejap kek ni  selama 2-3 jam dalam fridge sebelum dinikmati .

BAHAN-BAHAN :

250 gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko 
113gm butter
270 gm gula castor
1 sudu kecil baking soda
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
240 ml buttermilk
1 sudu kecil cuka makan
2 sudu besar food coloring - warna merah

CARA BUAT CREAM CHEESE FROSTING :

230grm cream cheese
230 grm mascapone cheese
1 sudu kecil esen vanilla
110 grm gula icing
350 ml heavy whipping cream

CARA BUAT :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Sedia kan 2 loyang kek berukuran 9 inci x 2 inci dan sapu mentega pada pemukaan dalam loyang serta lapik kertas surih dalam loyang kek itu .

- Ayak tepung gandum dengan serbuk koko serta ketepikan dulu . Putar butter dalam 1-2 minit kemudian masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan warna adunan menjadi cerah dalam 2-3 minit .

- Teruskan mix adunan dengan mengguna spend sederhana dan masukkan sebiji demi sebiji telur . Putar sehingga adunan jadi kembang . Kemudian masukkan esen vanilla dan di gaul rata . Masukkan pewarna merah ke dalam butter milk dan gaul sampai rata . 

- Masukkan tepung dan buttermilk sedikit-sedikit ke dalam mixer bowl sambil dikaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula kemudian adunan diputar guna mixer sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 1-2 minit saja . Dalam bekas kecil masukkan cuka bersama soda bikarbonat dan di kacau serta dimasukkan dalam adunan kek tadi dan digaul sampai sebati serta rata .

- Sendukkan adunan masuk ke dalam 2 loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit butter  kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 23-30 minit atau sehingga kek masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi . Kek ni boleh dihias mengikut kreativiti sendiri atau boleh dimakan macam tu saja.

CARA BUAT TOPPING KEK - CHEESE FROSTING :

- Pukul/putar cream cheese bersama mascapone cheese sehingga sebati dan kembang kemudian dimasuk kan gula icing dan vanilla esen dan digaul putar sehingga sebati . Masukkan heavy cream dan digaul sampai adunan menjadi sebati . Boleh ditambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Bila dah siap boleh la di sapu cheese frosting ni pada kek .

Kek yang sudah ku belah dua dengan cream cheese frosting yang sudah siap dipukul dan tunggu masa untuk disapu saja atas kek dan untuk filling..


Proses sapu filling kek haaaa sapu la tebal dan banyak mana yang kita suka yaa..yang penting ikut selera sendiri .


Dah puas hati dengan fillingnya boleh la ditangkup balik kek ni dan disapu pula pada sekeliling kek sebanyak mana cream cheese frosting yang kita nak . Sapu bagi kemas dan bersih serta boleh la dihias ikut citarasa sendiri . Lepas tu simpan jap dalam peti sejuk dan boleh la dimakan

Syukur alhamdulillah misi nak masak kek red velvet sudah berjaya dan saya pun sangat berpuas hati dengan hasil kek red velvet yang saya masak ni so lepas ni kek apa pula yang saya nak cuba yaaa hmmmm I`m still thinking nanti la saya check website JoyofBaking.com dan pilih resepi kek yang paling mengodass  :)

COOKIE COKLAT BADAM

Cookies ni baru saja siap tadi masih suam-suam panas yum yum sedap laa . Sementara mood nak 'membaking' ada ni better saya cuba macam-macam resepi kan . Semua resepi kek dan cookies saya ambil dari Joyofbaking.com je , senang cerita klik sana klik sini jumpa resepi yang menarik terus saya cuba dan hasilnya mmmmm sedap laaaa....kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI 


BAHAN-BAHAN :
113gm mentega
105gm gula perang(brown sugar)
50gm gula
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
130gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk baking powder
1/2 sudu teh baking soda
260gm chocolate chips
1 cawan almond - dicincang kecil


CARA MEMBUATNYA :

Panaskan oven dulu pada suhu 180'C .


Satukan mentega dan gula dalam mangkuk , pukul hingga kembang lebih kurang dalam 2-3 minit. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul adunan sampai sebati .

Ayak tepung bersama serbuk koko , baking powder dan baking soda . Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dengan telur tadi kemudian masukkan chocolate chips dan kacang almond serta gaul kaup balik kan sampai sebati semua adunan ni .

Guna sudu kecil untuk susun adunan cookies ni di atas dulang pembakar . Bakar dalam oven selama 10-15 minit atau sehingga cookies masak . Sejukkan cookies atas jaringan. Simpan dalam bekas kedap udara...



Sebelum masuk oven ni...

Thursday 29 September 2011

KEK CAWAN BALDU MERAH

SELEMBUT DAN SEGEBU BALDU MERAH..

Kek red velvet yang sentiasa cantik dan menawan di mata saya ni , warna merah kek yang sangat menarik perhatian dengan texture kek yang lembut gebu seperti baldu . Patut la kek merah baldu ni menjadi pilihan ramai pemgemar kek . Selepas tertangguh banyak kali akhirnya semalam tertunai sudah hasrat saya nak masak kek ni . Macam biasa bila nak masak kek saja saya mesti rujuk website JoyofBaking.com , semua kek yang saya cuba dari website tu mesti jadi dan sedap syukur alhamdulillah la . Saya bagi link resepi asal DISINI ya dan resepi yang dalam blog saya ni sudah saya translate untuk kemudahan bila nak masak lain kali boleh tengok dalam blog sendiri :)


BAHAN A - DIAYAK

250gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN B :

113gm butter - suhu bilik
300gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
1 cawan buttermilk - 240ml
2 sudu pewarna makanan merah - saya guna 3 sudu
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka makanan


* Cara nak buat buttermilk sendiri - 240ml susu full cream dlm kotak dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit kemudian kena terus guna ya .

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas yang sesuai pukul mentega dalam 1-2 minit kemudian masukkan pula gula dan pukul lagi selama 2-3 minit sehingga kembang fluffy. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 


-Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .

- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi berselang-seli dan dikacau/pukul sehingga betul-betul sebati . Dalam bekas kecil masukkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata  . 

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT CHEESE FROSTING :

120 gm gula icing
230 gm mascapone cheese - kalau x ada pn ok
230 gm cream cheese
1 1/2 cawan heavy cream - optional kalau x ada pn ok
1 sudu kecil esen vanilla


*Boleh ditambah gula icing lagi jika suka manis .

CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :

1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang. Kemudian boleh la di sapu atas kek . 

Cupcake yang baru masak dan masih panas lagi , cantik sungguh warna merah memikat pandangan mata saya ni dan yang bestnya guna buttermilk texture kek jadi sangat lembut moist la...

Proses nak gaul tepung dengan buttermilk yang sudah dicampur dengan food coloring..

SARAPAN PAGI INI ~ CUCUR IKAN BILIS

Semalam masa saya mengemas kabinet bahan-bahan baking saya jumpa tepung gandum baki dari buat biskut raya . So pagi ni saya habiskan semua tepung tu dengan buat cucur ikan bilis simple ni . Sedap dimakan dengan kuah kacang atau cili sos Thai , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 genggam ikan bilis-boleh tambah
2 biji bawang merah
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

1)Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas . Boleh juga ditambah kucai dan taugeh .

CARA MEMASAK :


- Tumbuk ikan bilis bersama semua bawang sampai lumat . Kemudian campurkan bahan tumbuk ni dengan semua bahan lain dan digaul rata . Tambah bahan-bahan jika ada yang terkurang macam garam atau air.

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Adunan cucur yang dah siap dan boleh la di goreng..

Wednesday 28 September 2011

CUPCAKE COKLAT..

Hari ni untuk minum petang saya masak cupcake coklat dan resepi untuk cupcake ni saya dapat dari website JoyofBaking.com , kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI . Saya dah translate resepinya untuk disimpan dalam blog masak saya ni lepas ni kalau nak buat senang sebab dah ada dalam blog sendiri .

BAHAN A - DIAYAK

175gm tepung gandum
50 grm serbuk koko
2 sudu kecil baking powder


BAHAN B :

113gm butter
200gm gula halus
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan air panas 

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C selama 5 minit . Campurkan air panas dengan serbuk koko dan biarkan sejuk dalam suhu bilik .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas lain pukul gula dengan mentega sehingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 

- Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga betul-betul sebati . Akhir sekali masukkan bancuhan air panas dengan serbu koko yang sudah sejuk ke dalam adunan tadi  . Kacau dengan menguna spatula atau senduk kayu sehingga cukup rata semua adunan .

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT COKLAT FROSTING :

160 gm gula icing
120 gm coklat masakan (cincang halus)
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBANCUH :

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil dan masukkan dalam periuk kecil kemudian guna teknik double boiling untuk cairkan coklat ni . Bila dah cair ketepikan sekejap. 


2) Pukul butter sehingga kembang dalam 1 minit kemudian masukkans emua gula icing dan pukul lagi 2 minit sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi kemudian terus masukkan coklat cair tadi dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang.

3) Sapukan coklat frosting atas cupcake dan boleh la dihias .

CUTI - CUTI MALAYSIA - CALIES CASTLE

Kami cuti-cuti Malaysia lagi dan kali ni kami sekeluarga jalan-jalan ke Calies Castle . Dah lama anak saya , Aisyah teringin nak ke Calies Castle lepas banyak kali menonton dokumentari di History Channel dan National Geographic tentang Istana Calies ni . So bila dah on the way nak balik bercuti ke utara kami singgah la istana yang memang cantik ni . Saya pernah lalu Calies Castle ni pada tahun 1986 masa tu istana ni terbiar dan nampak sungguh seram tapi hari ni kawasan Calies Castle dah dibersihkan dan dijadikan salah satu dentinasi pelancongan yang memang patut di lawati . Seni bina istana ni memang cukup menawan dan sungguh tinggi nilai seni binanya . Bangunan lama yang masih kukuh dan sangat cantik..















Anak-anak di atas bumbung Calies Castle , so tertunai la sudah hasrat Aisyah dan Adlina nak lihat sendiri Calies Castle...mama pun sama happy..

MASAK LEMAK PUCUK CEMPERAI

Sayur pucuk cemperai ni adalah sejenis pucuk pokok yang hanya boleh dijumpai di kawasan kampung-kampung di Negeri Sembilan . Mengikut cerita mertua saya , sayur pucuk cemperai ni sejenis pucuk sayur dari pokok hutan . Pokok cemperai ni berbatang keras rupa pokok ni lebih kurang macam pokok buah langsat dan kalau dibiar memang boleh tumbuh tinggi macam pkok-pokok hutan lain . Dahan-dahan pokok ni selalu dicantas supaya pokok cemperai tidak tumbuh tinggi dan sentiasa mengeluarkan pucuk muda . Mertua saya ada tanam 2 pokok cemperai ni dalam kebun so kalau balik kampung kadang-kadang kami dapat la makan juadah sayur pucuk cemperai ni . Sekarang ni memang susah sangat nak jumpa pucuk cemperai . Kalau di kampung pun kadang-kadang saja ada dijual pucuk cemperai ni di pasar tani .

Selalunya saya bawa balik kamera tapi kali ni saya boleh terlupa pulak kalau tak memang saya boleh ambil gambat rupa pokok cemperai ni dan juga gambar dusun serta kebun sayur di sekeliling rumah mertua saya di Jelebu , Negeri Sembilan ni . Sayur-sayuran yang ditanam oleh mertua saya memang menjadi sungguh semuanya tumbuh subur . Insyallah bulan depan saya dan family akan balik kampung lagi dan saya akan ambil gambar kawasan sekitar kebun mertua untuk saya kongsikan di blog saya ni..

Ini la rupa sayur pucuk cemperai yang dimasak lemak kuning , rasa sayur lebih kurang sama macam pucuk manis so memang sedap , lemak dan manis . Juadah sayur pucuk cemperai ni memang la hidangan istimewa  sebab jarang dapat jumpa dan dapat dimakan , syukur alhamdulillah..

BAHAN-BAHAN :

2 cekak pucuk cemperai 
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit cili api - kalau suka pedas

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan pucuk cemperai dan ambil daun-daun . Tumbuk lumat semua bawang merah , putih , kunyit hidup dan sedikit cili api . Kalau tak mau pedas tak perlu tambah cili api .

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis . Kacau semua bahan dan biarkan santan/kuah mendidih .

3. Masukkan semua pucuk cemperai tadi dan kacau sekejap . Biarkan sampai pucuk cemperai masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Pucuk cemperai yang sudah dibersihkan dan hanya diambil daun-daun untuk dimasak.

Ni la rupa pucuk cemperai yang saya kutip awal pagi di kebun mertua dan saya bawa balik ke rumah , masa di kampung dan makan tapi saya bawa balik juga hehehe susah nak cari sayur ni pasar kat area rumah saya ni tambahan pula suami saya memang cukup suka makan sayur pucuk cemperai ni....

SAYUR-SAYURAN DARI KAMPUNG..

Syukur alhamdulillah rezeki kami balik kampung kali ni dapat kutip macam-macam jenis sayur-sayuran yang ditanam oleh mertua saya . Memang menjadi sungguh semua sayur-sayuran yang mertua saya tanam ni mengeluarkan hasil yang banyak . Sampai rumah ada sayur-sayur ni saya bagi pada jiran dana da yang saya simpan untuk dimasak untuk kami makan .

Macam-macam sayur yang saya dan suami kutip untuk kami bawa balik semuanya segar dari kebun mertuaku hehehe...gumbiranya hatiku ni . Saya bawa balik xtra sayur-sayuran ni untuk saya bagi pada kakak dan jiran-jiran . Pagi-pagi Ahad saya dan suami mula kutip sebab kalau kutip lewat pagi sayur-sayuran ni senang layu kalau dibawa balik nanti . Petai tu baru first time berbuah masa saya baru bernikah dulu pokok petai tu rendah lagi pokoknya sekarang ni dah berbuah lebat puas la makan... 


Ni pucuk cemperai sayur ni hanya boleh dijumpai di kampung-kampung di Negeri Sembilan saja . Pokoknya besar dan hanya pucuk dikutip so mertua saya selalu cantas dahan-dahan pokok supaya tunas baru selalu keluar.

Kacang bendi baru dipetik , alhamdulillah semua sayur-sayur yang ditanam subur dan tak perlu disembur dengan racun serangga . 

Petola yang muda dan pastinya isi petola ni mesti la lembut serta manis..


Kacang botor memang banyak la ditanam di sekeliling pagar di rumah mertua , favorite saya ni..


Terung telunjuk..

Kacang panjang yang saya dah masak dan sudah saya masukkan resepinya dalam n3 sebelum ni . Sedap kacang panjang ni fresh dan sangat manis..

Petai yang baru first time dituai hasilnya . 

Tuesday 27 September 2011

KACANG PANJANG TUMIS BELACAN

 Resepi kacang panjang yang mudah nak di masak dan sentiasa menjadi favorite kami sekeluarga.. 


BAHAN-BAHAN :

10 batang kacang panjang
5 ekor sotong - di potong kecil-kecil2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :



Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
3 biji bawang merah-kupas kulit
2 ulas bawang putih -kupas kulit
2 biji cili merah 
2 cm belacan
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :


- Bersihkan kacang panjang dan dipotong menyerong . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos .


- Tumbuk semua bawang dengan udang kering dan belacan sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sotong dengan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan bila sotong masak boleh dimasukkan kacang panjang . Kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sayur kacang yang saya kutip dari kebun di kampung mertua . Kacang ni manis dan segar so memang sedap sangat kacang panjang ni yang saya masak tumis dengan sotong .

Sunday 25 September 2011

Makan malam ni

Syukur alhamdulillah..
Kacang panjang tumis belacan , daging masak lemak cili api , sambal tempoyak dengan petai / kerdas dan terung telunjuk kukus. Menu ringkas tapi cukup sedap..

SIPUT SEDUT MASAM MANIS

Sedapnyaaaaa.....
Resepi ni best kalau kuah banyak sebab bila nak sedut siput ni saya akan ceduk sikit kuah pada lubang siput ni dan baru la disedut - chot chott je bunyinya hehehe..isi kecil je tapi sedapkan . 

Kita perlu pandai agak-agak berapa banyak nak masukkan air supaya kuah tak terlalu cair nanti jadi sup siput sedut pula . Tapi kalau terlalu sedikit pula dimasukkan sedikit air so nak masak ni sebebnarnya ikut citarasa sendiri selalunya resepi hanya sebagai panduan saja . 

BAHAN-BAHAN :

1kg siput sedut - dipotong hujungnya
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*
2 biji cili merah*
1 sudu kecil tepung jagung - utk pekatkan kuah
Sedikit daun sup dan daun bawang - diracik halus


*Bahan-bahan dikisar halus . kalau suka pedas boleh tambah cili lagi . 

BAHAN SOS :

6 sudu besar sos cili
4 sudu besar plum sos
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos sotong - nampla
Sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi
Garam dan gula bila perlu sahaja

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Resepi ni boleh diubah suai ikut pada selera sendiri . Bila kurang masin baru ditambah garam.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua siput sedut dan ditos kemudian dipotong hujungnya . Kupas semua bawang dan halia   kemudian kisar semua bawang putih , merah dan cili merah sampai lumat .


- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi , kacau serta biar sampai wangi . Masukkan  semua bahan sos dan kacau bagi semua bahan mesra .


- Masukkan semua siput sedut dan kacau semua bahan-bahan ni dan jika kurang kuah boleh la ditambah sedikit air , tutup kuali serta biarkan sampai siput masak .


-Bila siput dah masak boleh la dirasa kuah jika terkurang boleh ditambah bahan sos lagi atau garam . Masukkan semua daun sup/bawang dan kacau semua bahan .


- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah tadi serta kacau perlahan sampai kuah jadi pekat . Bila kuah dah mendidih dan siput dah masak boleh la ditutup api dapur .

Friday 23 September 2011

Jom makan pizza

Pizza time yeesszaaaa...
Home made pizza so terserah la pada kita nak guna apa saja bahan utnuk topping pizza ni..

Bahan-bahan untuk pizza yang saya guna..


Kali ni saya buah dough guna tepung penuh bijirin atau whole wheat flour dan resepi untuk doh pizza ni saya dapat dari ALLRECIPES.COM so boleh klik untuk lihat resepi original cara-cara nak buat doh ni , klik saja SINI . Saya pun translate kan resepi ni..

BAHAN DOH PIZZA :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung whole wheat
125 ml air suam
1 sudu besar yis 
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu kecil gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar minyak sayuran
1 1/2 cawan air suam

CARA MEMASAK :

Bancuh yis serta gula dengan semua air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Kemudian masukkan minyak sayur dan kacau .


Campurkan tepung gandum dan tepung whole wheat dengan garam dan digaul rata . Kemudian buatkan lubang dibahagian tengah tepung , tuang bancuhan yis dengan air suam tadi sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh . Saya uli doh ni diatas talam besar yang ditabur dengan sedikit tepung gandum dan uli doh ni selama 10-15 minit . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la dibahagi menjadi 2 ketul doh dan dibiarkan rehat selama 40-30 minit lagi sehingga doh naik sekali ganda lagi .


-Bila doh dah naik dgn cantik boleh la dicanai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza yang sudah dioles dengan minyak sayur . Gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Bila doh pizza dah siap dimasak dan dibiarkan sejuk dulu kemudian baru la saya mula susun semua bahan-bahan topping . ikut pada citarasa kita nak guna apa saja jenis bahan .


BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos bolognese - prego
sosej ayam secukupnya -dipotng
jejari ketam secukupnya - dipotong
cili capsicum secukupnya
sos thousand island secukupnya
parutan keju cheedar secukupnya
parutan keju monzarella secukupnya
Last sekali tabur keju dan boleh la dibakar selam 20-15 minit atau sehingga pemukaan keju menjadi cair dan masak keperangan . Boleh dikeluarkan pizza dari oven potong dan dibiarkan sejuk sikit baru la dimakan..

Ni la rupa doh pizza yang sudah kembang sekali ganda dari saiz mula-mula diuli..

Jalan-jalan hujung minggu

Assalamualaikum di pagi Jumaat yang cerah dan nyaman ni . Minggu ni saya memang jarang la masukkan n3 tak tau la kenapa mood nak berblog jadi kurang sikit . Tapi alhamdulillah pagi ni ada la pula semangat nak blog balik . So first n3 for today saya masukkan gambar kami anak-beranak jalan-jalan hujung minggu ke Amcorp Mall , favorite Mall saya sebab di situ la saya selalu cuci mata dan melayan hobi mengumpul pinggan mangkuk lama dan antik .Tiap-tiap hari Ahad ada flea market dalam Mall ni so memang bagi  saya pengemar porcelian lama/antik pasti akan ke sana untuk tengok apa yang bekenan dan kalau cukup okosnya boleh la beli pinggan mangkuk lama yang bekenan di mata ni. 

Mall ni memang tak ramai crowd so saya dan anak-anak selesa sangat window shopping , kedai-kedai yang ada ok ada kedai buku , pakaian dan macam-macam la juga . Kalau ke sini kami mesti singgah makan di Restoran Kapitan sebab nasi ayam dan mee wanton kat restoran ni yang paling sedap pernah kami makan . Portion makanan banyak dengan harga yang sangat berbaloi . Suasana restoran bersih dan selesa so memang every Sunday lunch kami di restoran ni la...jom tengok gambar-gambar yang saya upload ni....

On the way di federal highway hujan laaa dan Mama drive berhati-hati biar lambat asal kami selamat...ohh ya abah outstation so Mama jalan-jalan hujung minggu dengan anak-anak je ok la tapi lagi best kalau abah ada sama kan..

Sampai je kami makan lunch dulu sebab anak-anak dah tak sabar nak makan nasi ayam kat restoran kapitan ni al maklum la bulan puasa kami tak ke sini selama sebulan so memang anak-anak dan saya tersa macam mengidam pula dengan nasi ayam yang memang sedap sangat ni...


Nasi ayam dengan side dishes semuanya sedap yum yum ada sup wonton , taugeh celur dgn sos kicap cair dan sup sayur-sayuran . Hmmm sedap laaa terus saya terasa nak makan nasi ayam ni insyallah hari Ahad ni kami lunch di sana lagi la hehehe...

Ayam goreng yang sangat sedap isinya moist dan tak kering dengan kuah kicap yang sedapppp..

Sambal cili dan sambal halia ni la yang mesti ada kalau nak makan nasi ayam kalau tak ada memang tak best la rasa macam ada yang terkurang je hehehe..


Ni pula mee wonton kering yang Adlina makan cukup sedap yum yum..

Besok dah hari Sabtu dan kemudian Ahad so selamat berhunjung minggu yaa . Mesti ramai yang akan ke rumah terbuka /open house sebab Syawal dah sampai ke penghujungnya...insyallah panjang umur dan sihat tubuh badan kita akan berjumpa dengan Syawal lagi di tahun depan pula , amin...